Ibu meninggal dunia, Khai Bahar pulang naik bot

Khai yang berada di Pulau Langkawi terpaksa pulang ke Perlis menaiki bot malam tadi

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi terkenal, Khai Bahar iaitu Rosnah Muhammad, 62, meninggal dunia malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan oleh pengurus Khai iaitu Rizal menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Ibu Khai Bahar yang mesra dengan panggilan Mak Ros sebelum ini dilaporkan menghidap pelbagai jenis penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati selain masalah daya ingatan. – Gambar Instagram, 3 Januari, 2023

“Salam semua, mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40 malam.

“Solat jenazah akan diadakan pada 3 Januari di Masjid Tuanku Kangar sejurus selepas solat Zohor diikuti pengebumian di Tanah Perkuburan Tok Paduka.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh Khai, dia sedang berada di Pulau Langkawi dan pulang ke kampung halamannya menaiki bot malam tadi.

“Alhamdulillah dapat balik naik bot malam ini”, kongsinya di Insta Story.

Arwah sebelum ini dilaporkan menghidap pelbagai jenis penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati. Malah arwah juga punya masalah daya ingatan.

Berikutan keadaan arwah yang ketika itu sering sakit, Khai mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan pada ibunya dan enggan menyusahkan produksi seandainya ada apa-apa berlaku. – 3 Januari, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related