◉ HEADLINES

Tak sedap badan dan tekak ‘rasa berpasir’, namun konsert Alif Satar & The Locos tetap bertenaga

Alif berkongsi tentang kondisinya yang tidak berapa sihat, namun tetap bersemangat untuk menghiburkan para peminatnya

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Biarpun rasa tak sedap badan dan sakit tekak, namun artis versatil, Alif Satar tetap memberikan persembahan yang penuh bertenaga sewaktu menjayakan Konsert Alif Satar and The Locos di Zepp Kuala Lumpur malam Ahad lalu.

Alif sewaktu memberikan ucapan di pertengahan konsert berkata, dia sangat gembira melihat ramai penonton yang hadir.

“Saya rasa sangat gembira melihat anda semua hadir pada malam ini. Biarpun hari ini saya rasa tak sedap badan dan tekak rasa berpasir tetapi anda membuatkan saya rasa sangat bersemangat,” katanya.

Malah Alif sempat bercerita tentang momennya terlibat dalam kemalangan seminggu sebelum menjelang konsert.

“Alhamdulillah saya tak ada satu calar pun di tangan. Kalau saya cedera teruk tak dapatlah saya nak bertemu anda semua,” katanya.

Laungan azan isyak turut berkumandang di dalam dewan Zepp sebelum persembahan bermula.

Pada malam itu, Alif telah menyampaikan lagu-lagu hit solonya dan juga bersama kumpulan The Locos.

Antara lagu yang didendang adalah Akhiri Penantianku, Cukup Indah, I Want You To Love Me, Sesungguhnya Aku, Jangan Nakal, Anugerah Terindah, Lelaki Seperti Aku dan banyak lagi.

Alif telah menyampaikan lagu-lagu hit solonya dan juga bersama kumpulan The Locos, selain mengundang Raihan untuk menyanyikan lagu popular mereka, Puji Pujian, Iman Mutiara, Syukur dan Sesugguhnya. – Gambar PR, 9 Januari, 2024

Turut ditampilkan pada konsert tersebut ialah kumpulan Raihan. Bersama Raihan, Alif telah menyampaikan lagu hit seperti Puji Pujian, Iman Mutiara, Syukur dan Sesugguhnya.

Turut diundang ialah penyanyi dari Indonesia iaitu Anggi Marito yang menjadi penyanyi pembukaan konsert tersebut.

Anggi telah menyampaikan beberapa buah lagunya termasuklah Tak Segampang Itu, Hampa, Cara Mencintaimu dan banyak lagi.

Di penghujung persembahan Alif sempat berpesan untuk bertemu dengan hampir 2,000 penonton konsert yang hadir di masjid menerusi gerakan Subuh Macam Jumaat yang dicetuskannya sehingga menjadi fenomena. – 9 Januari 2024

Topics

 

◉ Popular

Diesel, petrol prices drop for 23–29 April period: Finance Ministry

Diesel sees 85 sen reduction as global oil prices ease under automatic pricing mechanism

Likely higher income for riders as Grab revises incentives, bonus payment schedules

P-hailing drivers and riders can expect more money in their pockets as Grab Malaysia has raised the cancellation rate requirement for all incentives from 5% to 8%.

PDAM calls for crackdown on petrol station misinformation amid shortage fears

The Petrol Dealers Association of Malaysia urges the Domestic Trade and Cost of Living Ministry to act against misleading claims by petrol station operators, warning that false signals of fuel shortages could erode public trust despite stable national supply

◉ Related