Serik bercinta dengan orang dalam industri seni, Zarina Zainoordin akui mahu nikahi lelaki berduit

Menurut Zarina, dia kini sedang bercinta dengan seorang lelaki bergelar duda anak dua dan sudah 10 tahun menjalin hubungan

3:29 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin, 40, mendedahkan dia kini sedang berkawan rapat dengan lelaki berstatus duda anak dua yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu.

Menurut Zarina, dia selesa menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia 52 tahun itu kerana sikapnya yang terbuka, selain kedudukan kewangan yang kukuh.

“Kami sudah 10 tahun berkawan. Dia berstatus duda dan ada dua anak yang masih bersekolah. Dia bukan dalam kalangan orang seni dan menjalankan perniagaan sendiri.

“Lagipun saya memang sudah tak nak (bercinta) dengan orang dalam industri seni. Sekarang ini saya pilih lelaki yang berduit.

“Dia pun tahu kenapa saya pilih dia. Dia juga tak pernah berkira, tau-tau duit bulanan rumah dia dah bayar,” katanya ketika ditemui di sidang media drama bersiri Gemersik Berbisik.

Meskipun sudah lama menjalinkan hubungan namun menurut Zarina tiada sebarang tekanan untuk mereka segera menoktahkan percintaan dengan ikatan perkahwinan.

“Kalau ikutkan saya memang sudah lama bersedia untuk berumah tangga iaitu sejak zaman sekolah lagi.

“Tapi tak adalah sampai tahap tertekan sebab masih belum berkahwin pada usia 40 tahun.

“Keluarga dan saudara mara juga tak pernah tanya langsung soal jodoh.

“Cuma sesekali bila balik raya terasa juga bila dikelilingi mereka yang sudah berkahwin. Terutamanya bila tengok adik dah punya ramai anak,” ujarnya.

Ditanya kenapa dia masih belum mahu menamatkan zaman solonya biarpun sudah 10 tahun bercinta dengan kekasih hati, kata Zarina dia mahu beri masa kepada pasangannya untuk membesarkan anak-anak terlebih dahulu.

“Anak-anak dia sedang membesar. Biarlah dia fokus dengan mereka terlebih dahulu. Soal cepat atau lambat saya dah tak kisah.

“Mungkin dulu saya sibuk cari rezeki untuk bantu keluarga, itu yang sampai terlajak.

“Manalah tahu tahun ni (kahwin). Doakan saya ya. Tetapi kalau kahwin pun saya hanya mahu buat majlis akad nikah sahaja. Saya dah tak punya impian untuk buat majlis yang meriah,” ujarnya.

Zarina juga tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya termasuklah di akaun media sosial. Katanya dia memang seorang yang suka menyimpan hal peribadi sendiri.

“Sejak dulu lagi saya tak suka kongsi dengan siapa saya bercinta. Kalau kongsi nanti saya takut orang rampas kekasih saya,” katanya berseloroh.

Sementara itu bercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua ini bakal muncul dengan drama serama berjudul Gemersik Berbisik yang akan ditayangkan di Unifi TV saluran Degup.

Kongsi Zarina, dalam drama tersebut dia terpaksa menyanyi sebanyak enam buah lagu biarpun sudah 10 tahun tinggalkan bidang nyanyian.

“Drama ini mengisahkan tentang lagu-lagu rakyat seperti Ulek Mayang, Jong Jong Inai dan sebagainya. Jadi saya perlu sumbangkan suara saya untuk enam buah lagu dalam drama ini.

“Agak gementar juga pada mulanya kerana sudah lama tak menyanyi. Tetapi dalam masa yang sama saya seronok kerana dapat menyanyi kembali. Dan kalau boleh selepas ini saya mahu kembali aktif menyanyi,” kongsinya.

Selain Gemersik Berbisik, Zarina juga terlibat dengan dua lagi drama baharu iaitu Malang Si Puteri dan Khunsa yang kini sedang dalam penggambaran. – 11 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related