◉ HEADLINES

Putera Mateen, Dayang Anisha selamat bernikah 

Usai selesai majlis akad nikah, sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan di pekarangan masjid

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dengan hanya sekali lafaz, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen sah bergelar suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah pada jam 2.15 petang tadi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Majlis akad nikah itu telah disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Brunei (RTB).

“Saya terima nikahnya Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan maharnya seribu ringgit tunai,” lafaz Putera Mateen.

Putera Mateen kelihatan segak memakai persalinan tradisional Melayu berwarna putih.

Usai selesai majlis akad nikah, sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan di pekarangan masjid.

Istiadat perkahwinan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula pada 7 Januari lalu dengan majlis khatam al-Quran.

Putera Mateen dan isterinya akan terlibat dalam majlis kemuncak iaitu persandingan diraja yang akan berlangsung pada 14 Januari bertempat di Istana Nurul Iman. – 11 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

◉ Related