HEADLINES

Konsert hampir Ramadan seolah-olah lakukan perbuatan melalaikan, Mufti P.Pinang tegur Siti Nurhaliza

Kata Mufti Pulau Pinang, pada hari-hari sedemikian umat Islam mengadakan persiapan rohani secukupnya untuk menyambut kedatangan 'Raja' segala bulan ini

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Penganjuran konsert ketika bulan Ramadan hampir tiba seolah-olah melakukan perbuatan yang melalaikan daripada mengingati Allah dan tidak menghormati bulan suci itu.

Justeru Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangkan supaya penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunda konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan pada 9 Mac ke tarikh lain apatah lagi umat Islam dijangka berpuasa pada 12 Mac ini.

Ketika membuat teguran berkenaan, beliau berkata, pada bulan suci itu amat digalakkan supaya umat Islam mengambil peluang untuk menggandakan amal ibadat dan kebajikan.

Wan Salim berkata, Islam mengenakan syarat-syarat tertentu dalam hiburan iaitu antaranya ialah hiburan tersebut jangan sehingga melalaikan seseorang Muslim daripada kewajiban kepada Allah – Gambar laman web mywilayah, 13 Januari, 2024

Sepatutnya, kata Wan Salim, pada hari-hari sedemikian umat Islam mengadakan persiapan rohani secukupnya untuk menyambut kedatangan ‘Raja’ segala bulan ini.

“Antara persiapan tersebut adalah memperbanyak puasa sunat, ⁠mendirikan qiyamullail, ⁠rajin bersedekah, ⁠rajin membaca quran, ⁠mengerat silaturrahim, ⁠memperbaiki akhlak, ⁠memperbanyakkan kebajikan, ⁠menyucikan hati, ⁠memperbaharui taubat dan berbakti kepada keluarga,’’ katanya kepada Scoop.

Konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu dianjurkan Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan tiket dilaporkan habis dijual dalam tempoh kurang tiga jam, selepas dilancarkan pada 21 Disember 2023.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, Islam mengenakan syarat-syarat tertentu dalam hiburan iaitu antaranya ialah hiburan tersebut jangan sehingga melalaikan seseorang Muslim daripada kewajiban kepada Allah.

Konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu dianjurkan Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa – Gambar Yayasan Nurjiwa, 13 Januari, 2024

“Antaranya ialah seperti menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat pada harga yang sampai haul dan nisab serta sebagainya,’’ katanya.

Siti berkata, konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada Julai 2023 namun terpaksa ditangguhkan dan mendapat tarikh baharu daripada Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata pada 9 Mac ini.

“Konsert ini sepatutnya dilangsungkan pada bulan Julai lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana saya baru sahaja menjayakan konsert Satu Suara Vol.3 pada bulan Mei lalu,’’ katanya. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related