Pengarah Jin Ong akui beberapa kali air matanya berderai ketika siapkan pembikinan filem Abang Adik

Demi realisasikan watak Abang, pelakon Wu Kang Ren mengambil keputusan tinggal di Pudu sebelum penggambaran filem bermula

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Sediakan tisu sebelum tengok Abang Adik!”. Itulah pesanan sering diberikan oleh mereka yang sudah menonton filem bergenre kekeluargaan arahan Jin Ong yang cukup menyentuh hati itu.

Namun, tahukah anda bahawa Jin Ong sendiri tidak dapat menahan sebak tatkala menyiapkan pembikinan filem yang mencetuskan fenomena di rantau Asia ini?

Mengakui perkara itu dalam satu temu bual bersama Scoop, Jin Ong berkata, saat menulis skrip filem Abang Adik ini lagi, dia sudahpun merasai kesedihannya.

Aktor Wu Kang Ren membawa watak Abang dalam filem Abang Adik yang ditayangkan sejak 14 Disember 2023. – Gambar PR, 17 Januari, 2024

“Kisah Abang Adik ini saya simpan sejak sekian lama dan ia memang terlalu dekat di hati saya.

“Apabila saya mula menulis skrip ini seorang diri di sebuah bilik, hati saya sendiri turut tersentuh dan saya mula menangis.

“Perkara sama turut saya alami sewaktu berada di set lokasi terutama untuk babak terakhir. Saya sendiri mengalirkan air mata.

“Sebagai penulis skrip dan pengarah filem ini, saya perlu merasai emosinya. Jika saya merasai emosinya, hal sama juga akan turut dirasai penonton,” katanya.

Sementara itu, Wu Kang Ren pula berkata, bagi merealisasikan wataknya sebagai Abang dalam filem itu, dia mengambil keputusan untuk datang ke Malaysia lebih awal daripada tarikh penggambaran.

“Saya tinggal di kawasan Pudu dan saya juga turut membantu melakukan kerja biasa di kawasan itu untuk mendapatkan ‘feel’ watak yang saya bawa.

“Malaysia memang sangat panas dan ia juga membuatkan kulit saya menjadi gelap. Tapi, memang itu yang diperlukan bagi watak Abang ini.

“Saya juga berjaya hilangkan berat badan sebanyak lapan kilogram,” katanya lagi.

Filem Abang Adik yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 14 Disember lalu berjaya membuat kutipan sebanyak RM5.2 juta dalam tempoh 24 hari tayangan.

Bahkan, ia turut memecahkan rekod apabila menjadi filem tempatan pertama meraih kutipan RM4 juta dalam tempoh 16 hari tayangan.

Abang Adik mengisahkan dua lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan miskin di Malaysia dan tinggal di kawasan tersembunyi di Pudu, Kuala Lumpur.

Filem Abang Adik dibintangi Jack Tan, Bront Palarae, Tan Kin Wang, Serene Lim, April Chan serta Wu Kang Ren. – 17 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

AstraZeneca acknowledges rare Covid-19 vaccine side effects amid legal battle 

However, company emphasises regulators worldwide agree benefits outweigh risks of extremely rare potential risks

Related