HEADLINES

Intan Ladyana jadi ‘bidan terjun’ arah filem Banglo Seksyen 12

Menurut Intan, pada mulanya dia mengalami kesukaran mencari pengarah dan pelakon yang sesuai untuk filem tersebut

10:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Intan Ladyana memberanikan diri terjun ke bidang pengarahan dan penerbitan menerusi filem sulung terbitan syarikatnya, Banglo Seksyen 12 yang diinspirasikan daripada novel dengan judul sama.

Menurut Intan, dia terpaksa memikul tanggungjawab memegang tiga tugas iaitu sebagai penerbit, pengarah dan juga pelakon dalam filem tersebut.

“Pada mulanya saya hanya ingin menjadi penerbit. Kemudian kami ada masalah dalam mencari pengarah dan pelakon kerana bajet filem ini tidak besar.

“Abang Aziz M Osman mencadangkan supaya saya mengarahkan sendiri filem ini. Jadi saya memberanikan diri untuk menjadi pengarah bersama dengan Dharma Nasution.

“Watak Doktor Saleha dalam filem ini juga sebenarnya ditawarkan kepada pelakon lain yang berpengalaman untuk digandingkan bersama Mustaqim Bahadon. Tetapi mungkin disebabkan bajet, pelakon tersebut tak dapat buat. Jadi sayalah yang jadi bidan terjun,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Banglo Seksyen 12.

Ditanya apakah cabarannya bergelar pengarah, kata Intan, dia berdepan kesukaran melakukan penggambaran ketika tempoh pandemik.

“Ketika itu Covid-19 tengah mengganas. Jadi segala kerja penggambaran agak terbatas. Kena ikut SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan oleh Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional).

“Malah jalan cerita dalam filem ini juga terpaksa dirombak. Contohnya watak yang dibawakan oleh Mustaqim. Dia sepatutnya menjadi seorang inspektor polis. Tetapi kami ubah wataknya menjadi seorang pengarah rancangan paranormal kerana ketika itu pihak polis merupakan antara petugas barisan hadapan (front liner). Untuk bekerjasama dengan pihak polis agak sukar ketika itu.

Intan turut meluahkan rasa syukur kerana filem pertama terbitannya mendapat dana melalui program ‘incubator’ Finas yang diberikan kepada mereka yang baru ingin menceburi bidang perfileman.

Ditanya kenapa memilih genre seram sebagai buah tangan pertamanya, kata Intan, dia percaya genre seram masih mendapat tempat di hati penonton filem Malaysia.

“Bagi saya filem seram ini tak lapuk dek zaman. Tak kisahlah ceritanya bagaimana sekalipun, orang masih nak tengok filem seram.

“Saya sendiri seorang yang suka menonton filem seram. Saya tak berapa gemar menonton filem romantik. Kalau nak tengok filem di televisyen atau platform penstriman pun saya akan pilih untuk tonton cerita seram.

“Tambahan pula filem ini diinspirasikan daripada novel yang sangat popular yang sudah ada pengikutnya yang tersendiri,” katanya.

Selain Intan dan Mustaqim, filem Banglo Seksyen 12 yang mula ditayangkan hari ini turut menampilkan wajah-wajah baru masa kini seperti Hariz Hamdan, Aniq Suhair, Silfeny Osman, Faez Malek dan ramai lagi. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related