HEADLINES

Kena maki selepas gelar diri ‘mama’ kepada Aisar Khaled, Sharifah Zarina buat penjelasan

Kata Sharifah Zarina, Aisar sendiri yang mula memanggilnya sebagai mama

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Sharifah Zarina terpaksa menjelaskan penggunaan ganti diri nama ‘mama’ yang digunakannya kepada pempengaruh muda, Aisar Khaled selepas dia dimaki seorang netizen yang mempersoal tindakannya itu.

Menurut Sharifah Zarina, dia mengenali Aisar sewaktu menemani anaknya, Athalia Deena Baswani di lokasi penggambaran sebuah produk berasaskan coklat pada 2020.

Kebetulan kedua-dua mereka sama-sama menjayakan penggambaran produk tersebut.

“Mula-mula Aisar panggil aunty. Tapi bila dia dengar Athalia asyik panggil mama, jadi dia kata lebih senang dia panggil mama, sampailah sekarang.

“Kami tak jumpa selalu tapi kami sentiasa saling mengingati. Aisar antara kawan Athalia yang saya sangat suka. Dari mula sampai sekarang, dia sangat hormat orang. Abang dia Anas Khalid pun sama.


 “Dari dia masih biasa-biasa sampaikan dah jadi luar biasa, sekarang tetap sama orangnya. Sentiasa menyokong dan tidak pernah lupakan saya dan Athalia.

“Mama sayang Aisar dan semoga Allah ampunkan si pemaki,” katanya.

Dalam hantaran yang terdahulu, Sharifah Zarina memaklumkan dia dimaki seorang netizen apabila menggunakan ganti diri nama ‘mama’ sewaktu meninggalkan komen di salah sebuah hantaran yang dimuat naik Aisar di media sosialnya.

“Ya Allah saya kena maki. Apalah manusia. Memanglah dia bukan anak kandung saya. Tapi dah dia (Aisar), memang panggil mama, nak buat macam mana?
 

“Bukan baru hari ini. Dari 2020, dia panggil saya mama. Dari hari pertama kami jumpa. Bawa mengucap ‘nurtijen’ yang mulia,” katanya. – 27 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Related