HEADLINES

Mizz Nina jadi model muzik video lagu No Love nyanyian suaminya, Essam

Lagu No Love memberi penerangan mengenai keganasan, penindasan dan penderitaan orang-orang yang tidak berdosa

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun lebih banyak memfokuskan kepada aktiviti kemanusiaan, dakwah serta keagamaan, namun Mizz Nina tidaklah seratus-peratus meninggalkan dunia hiburan dan muzik.

Bahkan, bekas penyanyi dan rapper wanita tanah air itu turut menggunakan muzik sebagai suatu cara untuk menyampaikan mesej dakwah dan kemanusiaan kepada masyarakat.

Lebih-lebih lagi selepas mengahwini Essam Muhammad iaitu penyanyi rap dan pelakon berasal daripada Amerika Syarikat yang banyak menghasilkan karya-karya berkaitan dengan dakwah Islam.

Terbaharu, Mizz Nina memaklumkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa dia telah menjadi model untuk muzik video lagu terbaharu Essam berjudul No Love.

“Alhamdulilah, saya bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada penghasilan lagu ini sebagai model,” katanya dalam akaun instagramnya.

Menurut Mizz Nina, No Love adalah muzik video baharu yang diterbitkan suaminya kini ditayangkan di YouTube.

“Lagu ini memberi penerangan mengenai kegelapan keganasan, penindasan dan penderitaan orang yang tidak berdosa di seluruh dunia. Semoga lagu ini menjadi sarana muhasabah diri dan harapan,” katanya.

Rasanya tidak perlulah kita bertanya dari mana Essam mendapat cetusan idea untuk menghasilkan lagu yang cukup bermakna sekali mesejnya ini.

Sudah tentulah ia terinspirasi daripada penderitaan yang dialami rakyat Palestin berikutan kekejaman Israel yang cukup melampau dan tidak punya belas kasihan.

Muzik video No Love nyanyian serta ciptaan Essam sepenuhnya boleh didengar dan ditonton menerusi saluran YouTube Essam yang baru sahaja dimuatnaik kira-kira tiga jam lalu. – 31 Januari, 2024

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related