HEADLINES

Lelaki bercota warga Singapura mengaku bersalah serang Kamal Adli

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu kerana berdelusi pelakon terbabit mencabul saudara perempuannya

9:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyerang seorang selebriti Malaysia dengan cota semasa sesi bertemu peminat pada satu acara karnival di Singapura mengaku bersalah melakukan serangan itu.

Muhammad Nabil Rashid, warga Singapura, mengaku melakukan kesalahan itu kerana berdelusi bahawa mangsa, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 36, lebih dikenali sebagai Kamal Adli mencabul saudara perempuannya.

Nabil, yang mengaku bersalah semalam atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap orang lain, direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) susulan serangan itu.

Seorang pakar psikiatri yang memeriksanya mendapati dia mengalami penyakit psikiatri iaitu kemungkinan gangguan delusi.

Dr Cheow Enquan merasakan dia juga mengalami gangguan personaliti antisosial.

Bagaimanapun, doktor menyatakan Nabil waras semasa serangan itu dan sedar bahawa tindakannya itu salah.

Ini bukan kali pertama dia berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Wenjie memberitahu mahkamah bahawa Nabil mempunyai sabitan awal atas kesalahan melakukan kekerasan, termasuk secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dan ugutan jenayah.

Dalam kes terbaharu membabitkan Nabil, Wenjie berkata, Kamal Adli yang terkenal dengan wataknya dalam filem seram Niyang Rapik dan filem komedi aksi Abang Long Fadil bertemu dengan peminat pada satu acara di Singapura pada 12 Mac 2023.

Kehadirannya diiklankan di media sosial malah pelakon itu turut memaklumkan mengenai program tersebut di Instagram.

Nabil, yang berdelusi pelakon itu telah mencabul saudaranya, memutuskan untuk pergi ke acara itu dan menyerang pelakon terbabit selepas dia melihat iklan tersebut.

Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan apa yang mendorongnya untuk beranggapan sedemikian.

Dalam pada itu, Dr Cheow menyatakan dalam laporannya bahawa Nabil tidak mengenali Kamal Adli secara peribadi. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related