HEADLINES

‘Kalau tak dapat apa saya nak, saya akan naik hantu’, Abil akui cerewet soal wardrobe

Atas sebab itu dia punya pereka wardrobe peribadinya dan tidak kisah keluarkan duit sendiri

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nabila Huda memang diakui sentiasa memberikan lakonan yang terbaik menerusi karakter yang dibawanya, tidak kiralah sama ada dalam drama, filem mahu pun teater.
 
Bahkan, Nabila yang mesra disapa sebagai Abil tidak kisah untuk mengeluarkan duit sendiri bagi memenuhi kepuasan dirinya dalam membawakan setiap karakter tersebut.
 
Terbaharu, Abil memperkenalkan pereka wardrobe peribadinya, Sasha yang sentiasa membantu untuk merealisasikan apa yang diinginkannya terhadap karakter yang dibawanya.
 
“Hanya orang yang tepat sahaja yang faham apa yang kita bayangkan. Ini adalah pereka wardrobe peribadi saya. Dialah orang yang mencipta baju untuk Maimon dalam filem Telaga Suriram.
 
“Kali ini, dia akan cetuskan penampilan Leha untuk siri pendek, Banjir Raya terbitan Mediacorp Singapura untuk bulan puasa. Terima kasih Sasha. Kamu memang terbaik,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Abil bagaimanapun menjelaskan bahawa setiap produksi memang ada menyediakan wardrobe untuk pelakon-pelakon.
 
“Tapi kadang-kadang untuk karakter istimewa, Abil akan cipta dan buat sendiri menggunakan duit Abil sebab nak pastikan dari hujung rambut ke hujung kaki (styling, kasut, material kain atau jenis kain) sama seperti yang saya bayangkan.
 
“Untuk tidak menyusahkan orang lain dengan permintaan kita yang bukan-bukan bagi merealisasikan satu karakter itu, saya tidak kisah untuk keluar duit.
 
“Berhabis duit pun tidak apa, janji menjadi. Saya puas. Saya punya tahap cerewet, watak wanita hamil, baju dalam pun kena beli saiz tiga kali ganda macam orang betul-betul mengandung okay.
 
“Perut pun tak boleh pakai bantal, nampak petak-petak, nanti pecah lubang. Tidak, tidak, tidak, Kalau saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan naik hantu.
 
“Saya punya naik hantu pun bukan main-main. Pasti ada yang berpengalaman kena marah dengan saya, bukan?” soalnya sambil tertawa. – 3 Februari, 2024
 

Topics

 

Popular

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related