◉ HEADLINES

Disahkan hamil anak pertama, Sharifah Amani dan suami terharu bercampur gembira

Nani memilih untuk berkongsi berita itu menerusi sebuah video pendek detik-detik dia mengetahui dirinya hamil, serta reaksi keluarga dan sahabat terdekat

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tangisan terharu bercampur gembira mengiringi Sharifah Amani dan suaminya, Ahmed Faris tatkala pelakon wanita berkaliber ini disahkan hamil.

Ini adalah kehamilan pertama Sharifah Amani atau Nani setelah setahun lebih dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya itu.

Nani juga memilih untuk berkongsi berita itu menerusi sebuah rakaman video pendek mengenai detik-detik dia mengetahui dirinya hamil, selain reaksi keluarganya setelah mendapat tahu perkhabaran tidak diduga itu.

Bukan Nani sahaja yang terharu dan gembira tetapi perasaan sama juga dirasai kedua-dua ibu bapanya.

Video tanpa kaspyen itu mendapat reaksi positif dalam kalangan pengikut-pengikutnya dan dia turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti.

Antaranya, Sazzy Falak, Pekin Ibrahim, Lisa Surihani, Rashidi Ishak, Yasmin Hani, Amir Jahari, Noh Salleh, Sharifah Shahora dan Sharifah Sofea.

Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 38, dan Ahmed Faris Amir, 34, bernikah pada 10 September 2022 dan mereka menyifatkan percintaan mereka datang tanpa diduga, selepas Nani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah di organisasi diketuai Ahmed Faris. – 4 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related