Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah cipta lagu dalam album baharu Daqmie

Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencipta dua lagu, iaitu Rasul Junjungan dan Bulan Kemuliaan

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Album terbaru penyanyi dan komposer lagu-lagu ketuhanan, Daqmie mendapat sentuhan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif sebagai seorang daripada penulis lirik.

Menurut Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap, 53, kerjasama di antara mereka terjalin selepas dia menghadiri sebuah program tulisan kaligrafi di Sabah.

“Saya dijemput kerajaan Sabah untuk buat persembahan di acara tersebut yang berlangsung di tempat kelahiran Datuk Arifin sendiri iaitu di Membakut.

“Di situlah saya bertemu dengan beliau dan kami akhirnya menjalin kerjasama untuk menghasilkan lagu serta album ini.

“Beliau sebenarnya sudah ada lebih daripada 20 lagu yang dihasilkan. Kemudian dia beri pada saya untuk dengar dan saya susun semula lagu-lagu tersebut.

“Dua lagu hasil tulisan beliau saya muatkan dalam album terbaru saya, iaitu Rasul Junjungan dan Bulan Kemuliaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran album Ramadan 1445.

Sementara itu, bagi Arifin, ini bukan kali pertama dia menulis lagu untuk penyanyi di Malaysia, kerana sebelum ini, beliau pernah memberikan lagu tulisannya kepada Datuk Ramli Sarip dan Datin Camelia.

“Saya adalah seorang penyair di Sabah selain menulis puisi dan lirik lagu. Lagu saya kebanyakannya dinyanyikan penyanyi nasyid di Sabah.

“Saya sudah terbabit dengan dunia penulisan sejak dari sekolah menengah lagi. Puisi saya pernah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Setakat ini sudah 34 buku saya hasilkan merangkumi sastera dan agama.

“Untuk kerjasama dengan Daqmie, ini adalah kali pertama. Saya bersyukur dan berterima kasih dengannya kerana dia turut mengangkat bakat dari Sabah, iaitu kumpulan nasyid Syahmura menerusi kolaborasi lagu Rasul Junjungan dan Bulan Kemuliaan,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama dengan Daqmie akan diteruskan, terutama di Sabah kerana mereka sudah merancang pelbagai program untuk dianjurkan di negeri di bawah bayu itu.

“Insya-Allah selepas ini kita akan berkolaborasi dalam beberapa program lain seperti festival nasyid peringkat Asean. Kita juga akan menganjurkan acara pertemuan penulis kaligrafi antarabangsa di Sabah.

“Saya yakin dengan kolaborasi bersama Daqmie dan rakan-rakan seniman dari Semenanjung, irama nasyid akan lebih diperkasa di Sabah.

“Ini adalah satu daripada wadah untuk pertama, kita mengeratkan integrasi antara Sabah dan Semenanjung.

“Kedua, memperkasa seni budaya Islam dan ketiga menjadikan ia sebagai wadah dakwah berkesan kerana anak muda sekarang minat dengan hiburan. Hiburan itu harus diterjemah dengan pelbagai inovasi,” ujarnya.

Biarpun belum dilancarkan secara rasmi, 500 unit album Ramadan 1445 sudah habis dijual.

Album itu dilancarkan dalam bentuk pemacu pena (pendrive) yang memuatkan 18 lagu, termasuk selawat serta doa dan dijual pada harga RM69.90.

Selain kolaborasi bersama kumpulan nasyid Syahmura, Daqmie berkolaborasi bersama kumpulan Rabbani menerusi lagu Yang Dirindui. – 13 Februari 2024

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related