HEADLINES

Peminat BTS desak CEO Hybe dipecat kerana pro-Israel, teruskan kempen boikot di media sosial

Kempen boikot dan desakan Army dilakukan menerusi tanda pagar #HYBEDivestFromZionism

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejak akhir-akhir ini, tanda pagar #HYBEDivestFromZionism sering muncul dan trending di platform X, sehingga menarik perhatian netizen yang menyedari Hybe adalah syarikat bagi agensi dinaungi kumpulan K-Pop ternama seperti BTS, Seventeen, Tomorrow X Togeter, Le Sserafim, NewJeans dan Enhypen.

Melalui tanda pagar ini, peminat kumpulan Kpop yang berada di bawah naungan Hybe terutama Army (gelaran untuk peminat BTS) menggesa orang ramai agar memboikot produk keluaran Hybe.

Pada masa sama, mereka juga mendesak agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hybe di Amerika Syarikat (AS), Scooter Braun dipecat serta-merta.

Ini gara-gara pandangan dan kenyataan Braun yang dilihat berat sebelah dan pro-Israel sewaktu kemuncak perang di Gaza.

Bukan setakat itu sahaja, ada komen dibuat Braun menyebabkan Army benar-benar marah.

Antaranya ucapan Braun yang disampaikan di Israel pada Disember lalu menggesa pembebasan tebusan oleh Hamas yang dilabel sebagai pengganas pada 7 Oktober lalu.

Menurut media tempatan, pada 23 Februari lalu, sekumpulan Army mengupah trak papan iklan elektronik dan menghantarnya ke ibu pejabat Hybe yang terletak di tengah-tengah Seoul.

Mesej yang dipaparkan pada trak dalam bahasa Korea dan Inggeris dengan klip kemusnahan akibat perang di Gaza itu berbunyi: “Tentera Korea dan antarabangsa mendesak Hybe membebaskan diri daripada Zionisme dan Zionis dalam industri.”

“Jika desakan tidak dipenuhi, Army akan terus mendesak anda untuk memenuhi tuntutan kami. Jangan berpaling tatkala perkara yang sama berlaku kepada nenek moyang anda dan kini ia berlaku kepada rakyat Palestin.

“Kami meminta anda berdiri atas nama kemanusiaan, demi kebenaran sejarah dan menentang keganasan.”

Peminat BTS cukup dikenali dengan kerja-kerja aktivis mereka dalam talian terutamanya di platform X (dahulunya Twitter), Instagram dan TikTok.

Antara usaha dilakukan mereka adalah menyokong gerakan Black Lives Matters serta gerakan keadilan sosial yang lain.

Mengulas mengenai ucapan Braun, Hybe menerusi satu kenyataan memaklumkan ia hanyalah pendapat peribadinya dan tidak mewakili pengurusan syarikat.

Setakat ini Hybe masih belum mengeluarkan kenyatan berhubung desakan Army.

Sumber dalam industri muzik Korea memberitahu, walaupun peminat BTS itu berjaya meraih perhatian dengan kempen boikot mereka di media sosial, ia hanya mewakili sebahagian kecil peminat kumpulan tersebut iaitu kurang daripada 0.05 peratus. – 14 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related