Takut dimarahi, isteri Zalif Sidek sorok kehamilan kedua

Biarpun jarak kehamilan kedua begitu dekat dengan anak pertama, Zalif menganggap ia rezeki daripada Allah SWT

3:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon dan pelawak popular, Zalif Sidek, 38, mengakui isterinya, Anis Marzuki, 26 hamil lima bulan dan dijangka bersalin anak kedua mereka pada Oktober ini.

Namun Zalif mendedahkan kepada Scoop, pada awalnya, isterinya menyembunyikan berita gembira itu kerana bimbang dimarahi berikutan jarak kehamilan terlalu dekat dengan zuriat pertama mereka yang lahir pada 18 Januari tahun lalu.

“Alhamdulillah, anak pertama saya sudah pun berusia setahun tiga bulan. Tahun baharu 2024 ini, dapat rezeki Allah SWT bagi, ‘melekat’ seorang lagi. Itupun, isteri saya sorok dua minggu daripada saya.

“Lepas dia balik dari klinik untuk buat pemeriksaan dan dapat tahu dia hamil sebulan, dia balik sambil melutut di depan saya. Dia cakap ada sesuatu nak maklum pada saya, kemudian dia menangis.

“Saya rasa pelik. Eh! Kenapa dia nangis. Saya tanya dia, ada netizen marah ke? Kita pun naik angin juga sebab nak tahu siapa yang komen tu kan. Dia kemudian beritahu, dia dah lekat seorang lagi,” katanya.

Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai berita gembira itu, Zalif berkata, dia bersyukur kepada Allah SWT atas rezeki tersebut.

“Kalau ikut perancangan awal, kami nak jarakkan untuk dapat zuriat kedua dalam tempoh tiga hingga empat tahun iaitu lepas anak pertama dah pergi ke taska atau tadika.

“Tapi, Allah dah bagi rezeki ini. Arwah ayah saya dulu meninggal dunia pada 2021. Kemudian Allah gantikan dengan zuriat pertama. Sekarang ini, bakal muncul seorang lagi.

“Kami belum tahu lagi jantina anak kedua. Anak pertama dulu perempuan. Saya tidak kisah jantina apa pun, yang penting baby sihat dan cukup sifat,” katanya.

Pada masa sama, Zalif turut bersyukur kerana isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam makanan pelik-pelik.

“Cuma bila dia hamil waktu bulan Ramadan ini agak sukar untuk dia berpuasa. Waktu hari pertama dan hari kedua, dia cuba juga untuk puasa. Tapi dia tak tahan. Dia rasa macam nak pitam dan muntah-muntah.

“Jadi, saya bagitahu dia, tak apalah, puasa itu nanti boleh ganti balik. Saya pun turut maklumkan perkara ini kepada mak mentua saya.

“Yalah, kalau saya keluar pergi shooting (penggambaran) di luar, dia tiba-tiba pula pengsan sebab puasa, susah jugakan?” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related