HEADLINES

Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah

Siti Nurhaliza berkata penglibatan secara terus dalam menyampaikan sumbangan membuatkan beliau rasa lebih dekat dengan mereka yang kini berlindung di Rafah

8:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Simpati dengan nasib kanak-kanak Palestin serta tidak dapat membayangkan sekiranya dua cahaya matanya berada dalam situasi sama, mendorong penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk meneruskan sumbangan kepada rakyat di bumi bergolak itu.

Pengasas dan Pengerusi bersama Yayasan Nurjiwa yang juga ibu kepada dua anak Siti Aafiyah Khalid, 6, dan Muhamad Afwa Khalid, 3, berkata naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.

“Saya seorang ibu yang mempunyai anak. Jadi bila tengok budak kecil macam itu mengingatkan saya pada Afwa dan Aafiyah. Saya terbayang kalau mereka berada di tempat itu macam mana, memang automatik saya cepat menangis kalau benda melibatkan anak-anak,” katanya kepada pemberita di Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Prihatin di sini.

Siti Nurhaliza berkata penglibatan secara terus dalam menyampaikan sumbangan membuatkan beliau rasa lebih dekat dengan mereka yang kini berlindung di Rafah, selain turut bersedih apabila memikirkan nasib anak-anak Palestin terutama yang belajar di sekolah Afwa Al-Afiyah di Selatan Gaza.

“Mungkin bagi orang yang tidak terlibat mereka tidak begitu terasa, benda itu tidak masuk dalam kepala, tetapi tidak bagi saya. Setiap hari saya tanya orang di sana selamat ke tidak, takut kena bom dan sebagainya,” katanya.

Mengenai sumbangan yang disalurkan melalui Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur kerana kutipan diterima dapat membantu 10,000 mangsa perang yang kini berlindung di Rafah.

“Sebenarnya yang duduk di Rafah itu ramai sangat tetapi kita hanya mampu beri makanan kepada 10,000 orang. Saya nak cakap terima kasih kepada penderma-penderma iaitu rakyat Malaysia…selain makanan, ada yang bagi pakaian juga sebab mereka dalam musim sejuk,” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related