◉ HEADLINES

Dollah Cantek meninggal dunia, ‘dia sering meluahkan kerisauan mengenai kesihatan isterinya’

Kebelakangan ini memang arwah sering kelihatan tidak begitu sihat dan berat badannya susut

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengacara, pelakon dan pengurus lantai, Dollah Cantek atau Abdullah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sentul awal pagi tadi.

Khabar sedih itu dimaklumkan rakannya yang enggan dinamakan ketika dihubungi Scoop.

“Awal pagi tadi, saya dihubungi isteri arwah yang memaklumkan dia menemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri di kamar mandi sekitar jam 7.45 pagi tadi.

“Memandangkan arwah menetap di Sentul dan saya pula di Cheras, saya meminta isteri arwah menghubungi ambulan terlebih dahulu.

“Dan, pada waktu sama, saya uruskan soal membuat laporan polis terhadap kematian arwah.

“Sebagai sahabat, saya terpaksa bantu kerana isteri arwah pun tidak begitu sihat,” katanya.

Menurutnya, kebelakangan ini memang arwah sering kelihatan tidak begitu sihat, berat badannya susut.

“Arwah memang ada kencing manis tapi mengenai komplikasi lain saya tidak tahu. Saya juga tidak pasti punca kematian arwah. Kena tunggu pihak hospital mengesahkannya.

“Arwah juga ada meluahkan kerisauan terhadap saya mengenai kesihatan isterinya. Lagipun, isterinya baru sahaja keluar hospital,” katanya.

Pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman melalui Akademi Filem Malaysia, Dollah Cantek mula dikenali sewaktu menjadi pengurus lantai di beberapa program hiburan terbitan Astro, termasuk Akademi Fantasia selama beberapa musim.

Dia kemudian mengambangkan bakat sebagai pengacara untuk acara keramaian, program televisyen serta pelakon.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Dollah Cantek, mengampunkan segala dosa dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. – 13 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

Southern Tigers ready to do what it takes to keep Bergson in JDT

The 34-year-old Brazilian is currently being targeted by Sport Club do Recife from Brazil’s top football league

◉ Related