Saya tak pernah anggap diri Raja Plot Twist: Syafiq harap filem baharu arahannya, Sheriff pulang modal

Syafiq Yusof akui Sheriff adalah filem arahannya yang paling banyak mengetengahkan plot twist dan babak aksi seperti letupan serta lawan

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem, Syafiq Yusof mengakui dia sebetulnya tidak begitu selesa dengan gelaran Raja Plot Twist diberikan pihak tertentu.

Kata Syafiq kepada Scoop, dia tidak pernah menganggap dirinya hebat dalam menghasilkan plot twist untuk setiap filem arahannya sebelum ini, temasuk karya kepolisian terbaharunya, Sheriff yang bakal ditayangkan di pawagam esok.

Syafiq Yusof yang juga seorang daripada pewaris empayar Skop Productions berkata, dia meletakkan plot twist dalam filemnya, termasuk Sheriff kerana gemarkan filem mencabar minda penonton – Gambar Astro, 17 April, 2024

“Saya tidak pernah anggap diri begitu, pembikin filem dari luar negara kalau buat filem yang ada plot twist lagilah hebat.

“Saya tidak pasti siapa yang bagi saya gelaran macam itu. Mungkin sebab filem saya banyak elemen plot twist, sebab itu mereka gelarkan saya Raja Plot Twist.

“Tapi, saya memang suka bikin filem yang ada plot twist sebab kalau saya sendiri tengok filem, saya tidak suka filem yang mendatar,” katanya.

Sentiasa meletakkan dirinya sebagai penonton, Syafiq yang juga salah seorang pewaris empayar Skop Productions berkata, dia meletakkan plot twist dalam filemnya, termasuk Sheriff kerana gemarkan filem mencabar minda penonton.

“Saya juga boleh katakan Sheriff adalah filem arahan saya yang paling banyak menyuntik elemen plot twist. Bukan itu sahaja, ini adalah filem paling lama yang saya siapkan.

Menggunakan khidmat ramai pelakon hebat, Syafiq mengakui amat berpuas hati dengan persembahan lakonan mereka – Gambar Astro, 17 April, 2024

“Sepatutnya ia mengambil masa 60 hari penggambaran. Tapi, disebabkan filem ini menggunakan banyak lokasi dan memiliki elemen drama, aksi, babak lawan serta plot twist, ia terpaksa mengambil masa 81 hari untuk disiapkan,” katanya.

Jelas Syafiq lagi, disebabkan tempoh penggambaran Sheriff sudah terlajak hingga lebih 21 hari, bajet filem itu juga turut naik hingga membuatkan bapanya, Datuk Yusof Haslam selaku produser mula bersuara.

“Memang dia bising bila bajet bikin filem Sheriff ini sudah terlebih. Tapi, saya pun tak boleh buat apa. Sebab adakalanya bila kita buat penggambaran, kita terpaksa berdepan dengan faktor alam.

“Oleh kerana filem ini menggunakan banyak lokasi, babak aksi dan letupan, saya tidak boleh banyak guna wide shot atau close up, malah saya tidak boleh sesuka hati tukar guna Plan B atau Plan C bagi menyiapkan filem ini,” katanya.

Menggunakan khidmat ramai pelakon hebat, Syafiq mengakui amat berpuas hati dengan persembahan lakonan mereka.

Datuk Aaron Aziz dipilih oleh Datuk Yusof Haslam untuk membintangi Sheriff selepas namanya digugurkan dalam filem terbitan dan arahan Syamsul Yusof, The Original Gangster – Gambar Astro, 17 April, 2024

“Contoh macam Datuk Aaron Aziz. Kaki dia tercedera sebab terkena besi sewaktu menjayakan babak lawan, tapi dia tetap teruskan kerjanya untuk siapkan penggambaran. Saya benar-benar sangat menghargai usaha dan komitmen itu,” katanya.

Mengenai pemilihan Aaron sebagai seorang daripada pelakon selepas namanya digugurkan dalam filem terbitan dan arahan Syamsul Yusof, The Original Gangster, Syafiq berkata, pemilihan pelakon itu adalah atas pilihan bapanya.

“Bila beliau dikeluarkan daripada filem tersebut, beliau hubungi bapa saya dan mungkin atas dasar hubungan, bapa saya tawarkan dia berlakon dalam filem Sheriff ini.

“Itu arahan produser (bapanya) dan saya hanya ikut sahaja. Tapi, kebetulan memang kita mahu cari pelakon untuk bawakan watak ‘penjahat’ dan kerana itu kita memilih Aaron,” katanya.

Tambah Syafiq yang sudah menghasilkan lebih 10 filem, tiada apa diharapkannya terhadap Sheriff, melainkan sokongan daripada peminat filem Melayu tempatan.

“Sheriff berbeza dengan filem kepolisian lain, seperti KL Special Force dan Polis Evo 3 yang pernah saya hasilkan sebelum ini kerana ia berkisar kepada kisah polis menangkap polis yang sedang bertugas, selain ia diletakkan di bawah kategori P16.

“Saya gusar juga sebab bajet filem ini sudah mencecah RM6 juta. Kalau dapat balik modal pun saya dah rasa tenang. Saya sudah buat yang terbaik dan saya harap filem ini memuaskan hati penonton,” katanya. – 17 April, 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[WATCH] Just what the doctor ordered: prescriptions for a better Malaysia

In the face of attempts to sow discord among the various races in the country, cardiothoracic surgeon Datuk Dr Venugopal Balchand stands ready to staunchly defend national unity and harmony in a heartbeat.

Related