Baru tayang sehari, Sheriff arahan Syafiq Yusof kutip lebih RM1 juta

Filem tersebut berada pada kedudukan pertama carta 10 filem teratas ditayangkan di GSC Malaysia semalam

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Filem kepolisian terbaharu arahan Syafiq Yusof, Sheriff berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta pada tayangan awal (sneak preview) di pawagam, semalam.

Kutipan memberangsangkan itu membolehkan Sheriff berada di tangga pertama carta 10 filem teratas yang ditayangkan di GSC Malaysia, mengetepikan filem antarabangsa yang ditayangkan pada hari sama.

Syafiq yang turut bertindak sebagai penulis cerita asal dan penulis lakon layar Sheriff berkata, dia terkejut dan tidak menyangka dengan respons dan sambutan penonton terhadap karya filem terbaharunya itu.

“Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan pada tayangan awal semalam. Ini adalah permulaan yang baik untuk Sheriff dan kami menjangkakan penonton akan pergi ke pawagam terutamanya hujung minggu ini untuk menyaksikan filem ini,” katanya kepada Scoop.

Pernah menghasilkan beberapa filem kepolisian sebelum ini termasuk KL Special Force dan Polis Evo 3 yang meraih kutipan pecah panggung melebihi RM20 juta, Sheriff menampilkan konsep baru yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan yang dipanggil ‘reverse whodunnit’.

Konsep ini juga lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’, sebuah konsep di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh tetapi bagaimana caranya dia akan ditangkap.

“Sheriff membawakan sebuah perspektif yang belum pernah dibawa dalam mana filem-filem kepolisian terbitan Skop Productions sebelum ini.

“Idea filem Sheriff ini tercetus daripada gabungan Datuk Yusof Haslam selaku produser dan saya sendiri berdasarkan filem kepolisian yang pernah dihasilkan sepert KL Special Force dan juga Polis Evo 3.

“Kalau dalam KL Special Force, polis tangkap perompak. Dalam Polis Evo 3 pula, polis tangkap bekas polis dan kali ini dalam Sheriff, polis tangkap polis yang sedang bertugas pula. Itu perbezaannya. Ia unik dan belum pernah dipersembahkan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, memandangkan premis menggenai filem kepolisian itu turut menyentuh isu sensitif, pihaknya terlebih dahulu menghantar skrip filem kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

“Mereka sangat memberikan kerjasama dan banyak membantu dalam menasihati dan memberikan panduan untuk melancarkan proses pembikinan filem ini.

“Begitu juga dengan pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF). Saya pun sendiri tak sangka dengan keterbukaan LPF untuk membuka ruang bagi filem yg menyentuh isu sensitif sebegini,” katanya.

Filem terbitan Skop Productions bersama Astro Shaw yang memulakan tayangan rasmi hari ini dibarisi pelakon handalan seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz serta Elizabeth Tan.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq, iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Aaron semakin berleluasa.

Nazri terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul, iaitu seorang anggota daripada Jabatan Integriti dihantar Ketua Polis Negara untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’.

Dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan. – 18 April, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related