Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Merrah mengakui sudah bersedia andai menerima tawaran untuk berlakon lagi selepas ini

3:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berlakon di bawah arahan bapanya sendiri, Datuk Awie dalam filem Rebel: Berontak Untuk Berotak, Putra Ahmad Merrah, 17, mengakui teruja kerana berpeluang menonjolkan bakat lakonannya.

Malah, Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

“Memang saya tak jangka langsung. Saya dapat tawaran ini pun sewaktu berada di sekolah dan ketika itu, ibu hubungi saya dan beritahu daddy (panggilan untuk Awie), nak suruh Merrah berlakon.

“Tapi, waktu itu, saya tak tahu lagi watak apa yang akan saya bawakan. Bila balik sahaja di rumah, barulah Daddy beritahu saya akan bawakan watak Luka sewaktu kecil.

“Saya teruja sebab sebelum ini saya hanya berlakon di pentas teater dan bukannya di skrin besar dan ia filem aksi.  Tapi, sebelum ini, saya pernah pegang watak bapa saya waktu kecil dalam drama bersiri, Sudin Dah Kaya,” katanya.

Merrah juga mengakui amat seronok bekerja dengan bapanya di lokasi penggambaran Rebel.

“Bapa saya sangat fun. Saya tak rasa tertekan pun sebab dia suka melawak-lawak garang. Memang seronoklah bekerja dengan dia,” katanya.

Mengulas mengenai hasil lakonannya dalam filem aksi pertama arahan bapanya itu, Merrah mengakui dirinya sedikit kecewa.

“Waktu yang saya berlakon filem ni, umur saya baru 15 tahun. Sekarang saya 17 tahun. Saya nampak dah apa yang kurang.

“Sebab ada dialog saya dalam babak filem ini yang tidak begitu jelas. Saya macam ‘mumble’ terutama babak saya dengan Kasih.

“Kelemahan dalam perkataan dan sebutan, saya kena betulkan. Insya-Allah, dalam projek akan datang, saya akan cuba buat lebih baik lagi,” katanya.

Merrah juga mengakui dia sudah bersedia andai menerima tawaran untuk berlakon lagi selepas ini.

Bagaimanapun, dia mahu memberi fokus pada peperiksaan Sijil Pengajian Malaysia (SPM) tahun ini.

“Bapa saya cakap, utamakan akademik dahulu, kemudian baru fikir pasal minat menyanyi. Betul cakap bapa saya, akademik itu penting kalau nak jadi penyanyi. Kalau tak siapa yang nak ambil kita.

“Malah, saya juga punya perancangan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebab bapa saya juga nak saya sambung belajar.  Tapi, saya akan ambil jurusan seni persembahan.

“Bapa saya tidak menghalang saya menceburi bidang seni. Malah, dia galakkan lagi. Kata dia, buat apa yang saya mahu buat dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.

“Tapi, kalau boleh dia mahu saya jadi produser filem. Jadi, saya tengah nak belajar sebab kat sekolah saya cuma belajar pasal kerja produksi sahaja,” katanya yang kini menuntut di Sekolah Seni Malaysia dalam pengkhususan seni muzik.  

Teruja dan berdebar-debar menanti filem Rebel ditayangkan di pawagam tanah air pada 2 Mei nanti, Merrah berkata, dia reda andai ada pihak yang mengkritik lakonannya.

“Saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kalau ada yang suka dan kata lakonan saya bagus, Alhamdulillah.

“Kalau yang kritik tu, saya reda sahajalah,” katanya yang ingin bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam filem pada masa hadapan. – 22 April, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related