Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental memang sentiasa menarik perhatian pelakon itu, apatah lagi dia merupakan pelajar psikologi serta menjadi jurucakap Empati Malaysia dan penaung Miasa

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Watak tersebut berkenaan isteri yang harus berdepan pelbagai konflik dan dilema di dalam pergolakan rumah tangga.

Sarimah ketika dihubungi Scoop berkata, isu mengenai kesihatan mental memang sentiasa menarik minat dan perhatiannya, apatah lagi dia merupakan pelajar psikologi serta menjadi jurucakap Empati Malaysia selain penaung di Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa).

“Apabila saya membaca treatment dan skrip drama bersiri terbitan Erma Fatima ini, saya jadi begitu tertarik dan pada masa yang sama, saya juga mempunyai kebimbangan mengenai stigma masyarakat dan bagaimana persepsi mereka terhadap watak Sharifah Qaidah (lakonannya) terhadap isu kesihatan mental anaknya dan dirinya sendiri yang jelas menggugat serta memberi kesan terhadap kehidupannya.

“Sehingga saya terpaksa mendapatkan khidmat nasihat daripada profesor psikologi saya dan juga pengasas Miasa serta beberapa orang di dalam industri kesihatan mental mengenai situasi ibu bapa yang berada dalam penafian tentang keadaan anak mereka seperti mana dihadapi Sharifah Qaidah atau Qaidah

“Adakah ibu bapa yang mengongkong dan menyorok anak mereka daripada orang ramai? Malangnya jawapan yang saya terima, memang ada. Malah, ada yang sanggup campak anak mereke ke hospital bahagia atau membuang mereka daripada keluarga,” katanya.

Menurut Sarimah, dia juga turut mendapat khidmat nasihat juru lakonannya, Gerry Grennell bagaimana membawakan watak Qaidah yang mengalami isu kesihatan mental apabila berdepan dengan pelbagai konflik dan dilema melibatkan suami, anak-anak, kehadiran orang ketiga dan sahabat baiknya sendiri.

“Qaida tidak pernah mendapat bimbingan daripada suami. Suaminya juga menipu dan curangi apabila berkahwin lagi tanpa pengetahuannya, teman baiknya menipu dan dia perlu berdepan dengan penyondol yang merupakan madunya.

“Dia juga perlu berdepan dengan situasi ditipu, segala harta yang diusahakan akan dirampas begitu sahaja tetapi pembahagian harta terpaksa mengikut hukum faraid dan tidak tahu meletak mukanya di mana apabila anaknya sendiri berkahwin dengan abangnya (daripada perkahwinan lain).

“Gerry bertanya saya, jika saya menjadi Qaidah bagaimana emosi saya? Saya kata saya akan ‘breakdown’ dan itulah yang berlaku di dalam watak Qaidah ini,” katanya.

Sarimah mendapatkan khidmat nasihat juru lakonan, Gerry Grennell untuk menjayakan watak Qaidah dengan sebaiknya. – Gambar Sarimah Ibrahim, 27 April, 2024

Sarimah bagaimanapun berpendapat, Qaidah mengalami isu kesihatan mental bukan disebabkan isu suami curang atau poligami tapi disebabkan tiadanya komunikasi di dalam rumah tangga mereka.

“Masing-masing ambil kursus kahwin, belajar hukum-hakam tetapi tidak belajar psikologi rumah tangga dan mungkin inilah kekurangannya. Kita berkahwin atas dasar rasa sayang dan cinta, dan mengharapkan pasangan kita berubah.

“Tetapi apabila ada masalah atau kekurangan, kita tidak berkomunikasi, tidak berbincang atau menyuarakannya,” katanya.

Sarimah mengakui tidak menyangka ramai penonton memberikan sokongan kepada Qaidah dalam drama bersiri 30 episod arahan Along Kamaruddin yang bakal berakhir pada Isnin ini.

“Saya sendiri terkejut kerana Qaidah, bagi saya, adalah wanita lantang bersuara, bossy dan terlalu berdikari. Selalunya watak sebegini akan dibenci.

“Tetapi penonton nampaknya bijak dan faham bahawa sikap dan tindakannya itu adalah disebabkan masalah kesihatan mentalnya. Mereka faham dengan konflik dan dilema dihadapinya.

“Bahkan ada yang mesej saya dan berkongsi cerita bahawa apa yang dialami Qaidah pernah dilalui mereka sendiri,” katanya. – 27 April, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Two lawyers, their client get seven days jail for contempt of court after submitting false evidence

The sessions court here today sentenced two lawyers and their client to seven days in jail for contempt of court after filing an unsigned witness statement for a civil suit trial in 2020. 

Related