◉ HEADLINES

Seniman minta Sarah Yasmine henti cakap isu Aliff Aziz dan Ruhainies, ‘jangan kaitkan artis lain, rosakkan imej industri’

Menurut Zed Zaidi, Seniman memandang serius isu membabitkan imej artis Malaysia dan mahu mengelakkan industri hiburan dipandang serong

10:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selaras dengan dasarnya dalam memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis tempatan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) meminta Sarah Yasmine agar menghentikan segala isu membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, perkara membabitkan kedua-dua pelakon itu sedang disiasat pihak berkuasa, maka proses terbabit harus dihormati.

“Seniman juga berharap isu rumah tangga antara Aliff Aziz dengan Bella Astillah, biarlah mereka selesaikan sendiri tanpa perlu ada orang yang tiada kaitan, mencampuri urusan mereka, sekali gus boleh menjejaskan usaha itu.

“Selain daripada perkara dan isu yang hangat diperkatakan ketika ini oleh Sarah Yasmine, Seniman beranggapan ia adalah isu peribadi.

“Maka, Seniman menggesa supaya perkara ini diselesaikan secara tertutup bagi mengelak atau membuka aib mana-mana individu lain,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Zed Zaidi, pihaknya mahu Sarah Yasmine menghentikan apa jua tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan, selain merosakkan imej artis Malaysia.

“Sejak peristiwa Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat awal Mac lalu, pelbagai pihak membuat andaian serta persepsi yang sedikit sebanyak menjejaskan imej dan kredibiliti industri hiburan itu sendiri.

“Seniman memandang serius isu membabitkan imej artis Malaysia dan untuk mengelakkan industri ini dipandang serong masyarakat serta pihak luar.

“Seniman menggesa pihak yang nama mereka terpalit dalam isu ini membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC), supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan.

“Malah, Seniman mengingatkan semua pihak tidak polimikkan isu ini dan hentikan segera segala perbalahan, kontroversi, salah-menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial, bagi menjaga nama baik semua,” katanya. – 29 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related