◉ HEADLINES

Rapper Korea, B.I kembali ke Malaysia, bakal jayakan konsert solonya 30 Jun ini

Harga tiket antara RM338 hingga RM778 dan akan mula dijual Isnin ini

7:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rapper Korea, B.I bakal kembali ke negara ini bagi menjayakan konsert solo jelajahnya, B.I 2024 Hype Up Kuala Lumpur pada Jun ini, selepas kali terakhir mengadakan persembahan pada Disember 2023.

Konsert itu akan diadakan dii Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini, bermula jam 6 petang dengan harga tiket antara RM338 hingga RM778 dan akan mula dijual Isnin ini.

Malaysia merupakan destinasi kedua terakhir jelajah Asia itu. Ia akan dimulakan di Seoul pada 18 Mei ini diikuti Hong Kong, Bangkok, Singapura, Jakarta, Malaysia sebelum berakhir di Macau pada Julai.

Pengumuman konsert itu dibuat sendiri oleh B.I minggu lalu namun ketika itu dia masih belum mendedahkan tarikh persembahan konsertnya di Malaysia, yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment.

Tiket konsert berharga antara RM338 hingga RM778 akan mula dijual pada Isnin depan. – Gambar B.I, 3 Mei, 2024

Pengumuman secara rasmi konsert di Malaysia itu mula dibuat semalam.

B.I atau nama sebenarnya Kim Han-bin memulakan kerjaya solo pada 2021 selepas meninggalkan agensi YG Entertainment dan kumpulan Kpop, IKon yang mula disertai dan diterajuinya sejak September 2015.

Terkenal dengan vokal seraknya yang tersendiri dan melodi yang mengesankan, B.I yang pernah terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah berjaya menawan hati peminat dengan lagu hits seperti BTBT, Illa Illa, dan Keep Me Up.

Album studio terbarunya, ‘To Die For,’ yang dikeluarkan pada Jun 2023, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bintang yang sedang meningkat naik dalam industri muzik. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related