Peminat saya di Malaysia ‘paling gila’, antara sebab utama AR Rahman gemar adakan konsert di negara ini

Maestro muzik terkemuka India itu bakal kembali ke negara ini untuk menjayakan konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Julai ini

3:31 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Baru sahaja mengadakan konsert di sini pada awal Januari tahun lalu, maestro muzik terkemuka India, AR Rahman bakal kembali semula ke negara ini untuk menjayakan konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Dalam wawancara yang diadakan secara maya, AR Rahman berkata, dia mempunyai sebab kenapa suka mengadakan konsert di Malaysia dan seringkali teruja bertemu dengan peminatnya di negara ini.

“Peminat saya di Malaysia adalah yang peminat yang ‘paling gila’ dan saya sangat merasai ikatan dengan mereka.

“Apabila saya berasa tidak bersemangat, saya akan sentiasa memikirkan peminat di Malaysia dan mereka inilah yang sering menaikkan semangat saya,” katanya.

Menurut AR Rahman, perasaan yang cukup dekat dan mendalam terhadap peminatnya di negara ini  sudah mula dirasai sejak dia mengadakan konsert sulungnya di Malaysia sekitar 1990-an lagi.

“Saya merasai sendiri penerimaan mereka terhadap diri saya dan rasa kekitaan yang mereka berikan itu meresap ke dalam dan ia terus berkekalan sehingga ke saat ini,” katanya.

Apabila ditanya tentang prosesnya menyusun senarai lagu untuk konsertnya, AR Rahman menjelaskan, seperti mana-mana artis, dia berhasrat untuk mencapai keseimbangan antara lagu-lagunya yang klasik dengan lagu baharu.

“Bagaimanapun, saya lebih mengutamakan lagu-lagu yang berkembang merestasi generasi serta daya tarikan nostalgia yang melekat pada gubahan lagu tertentu,” katanya.

Dalam konsert selama tiga jam anjuran Star Planet ini, peminat bakal dihiburkan dengan 90 peratus lagu-lagu Tamil dari era 90-an, 2000-an serta lagu-lagu hits terkini yang lain.

“Konsert ini banyak menampilkan lagu-lagu Tamil kerana saya secara peribadi mencintai bahasa Tamil dan ia juga atas permintaan peminat. Akan ada juga kejutan lain yang menanti peminat pada konsert ini nanti,” katanya.

Konsert yang dijayakan AR Rahman ini juga akan disertai ramai penyanyi latar filem terkenal di India.

“Tapi, saya akan hanya dedahkan sedikit demi sedikit menjelang persembahan saya itu nanti,” tambahnya.

Apapun, AR Rahman menjanjikan sebuah perjalanan dan persembahan muzik yang memberikan kepuasan buat peminatnya sama ada dalam pelbagai genre, mahu pun hits ikonik kepada gubahan segar yang menolak sempadan artistik.

Tiket AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 yang dijual pada harga RM98 dan ke atas boleh didapati menerusi pautan my.bookmyshow.com dan ticket2U.com.my bermula 8 Mei ini. – 6 Mei, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related