HEADLINES

Wau Bulan popularkan Kat Roshan, Meer Nash di China

Persembahan di pentas antarabangsa itu adalah satu pengalaman berharga buat dua penghibur ini, sekali gus mengukuhkan nama mereka di industri muzik luar negara

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Usaha Kat Roshan dan Meer Nash membawakan lagu rakyat Wau Bulan apabila terpilih mewakili Malaysia ke program antarabangsa Sound of the South China Sea di Sanya, Hainan, China pada 29 Mac lalu, nampaknya membuahkan hasil.
 
Persembahan mereka di dalam program anjuran Pusat Global Bahasa Mandarin dari Pusat Radio Umum dan Pusat Televisyen China itu bukan sahaja memukau kira-kira 2 juta penonton di China apabila ia bersiaran secara langsung melalui saluran CCTV 4, malah turut menambat hati penonton di Malaysia.

Kat Roshan yang juga artis di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia berkata, persembahan di pentas antarabangsa itu adalah satu pengalaman berharga sekali gus mengukuhkan lagi tapak di industri muzik.
 
“Sejujurnya, saya berasa amat beruntung dan bersyukur diberi peluang keemasan ini untuk mewakili Malaysia bersama Meer Nash.
 
“Terima kasih Ong Peng Chu (wakil Malaysia yang membawa Kat Roshan dan Meer Nash ke China) kerana memberi peluang untuk kami beraksi dan menunjuk bakat di pentas antarabangsa. Ini adalah pengalaman terbaik dan berharga buat saya bagi mengukuhkan lagi tempat dalam industri muzik,” katanya.
 
Berkongsi mengenai pemilihan lagu Wau Bulan, Kat berkata, dia perlu mempelajari lagu itu dengan sebaiknya memandangkan ia dinyanyikan dalam loghat Kelantan.
 
“Pada awalnya untuk saya belajar menyanyi Wau Bulan dalam loghat Kelantan ini memang agak sukar, tetapi dengan keazaman dan selepas berlatih berkali-kali, saya tahu saya mampu lakukannya, apatah lagi bila saya tahu saya membawa nama Malaysia, terus saya jadi lebih semangat.
 
“Saya sangat bangga membawa seni budaya Malaysia ke China serta mengharumkan nama Malaysia,” katanya yang turut berpeluang menyanyikan beberapa lagu Cina bersama penyanyi, penerbit dan ahli muzik terkenal di China seperti Xiao Ke, Ye Pei dan Xiao Juan.

Sementara itu, Meer Nash mengakui teruja dapat membuat persembahan di pentas yang hebat.
 
“Walaupun saya sudah selalu membuat persembahan di China, tetapi inilah kali pertama saya dapat menyanyi di atas pentas secantik ini. Saya juga masih lagi baru dalam bidang ini, dapat menjadi sebahagian daripada program ini adalah suatu pengalaman berharga,” katanya.
 
Program itu mengundang ahli muzik dan penyanyi berpengalaman dari China dan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk bertukar dan berkongsi mengenai muzik dan budaya antara negara-negara Asia Tenggara dan China. – 6 Mei, 2024
 

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related