HEADLINES

Tajul terkilan Wany Hasrita tolak tawaran duet, akur Muna jadi pengganti

Tajul bagaimanapun menghormati keputusan Wany yang pernah bergandingan dalam lima lagu bersamanya

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Tajul mengakui terkilan apabila Wany Hasrita menolak tawaran bergandingan dengannya menerusi lagu baharu, Resipi Berkasih memandangkan mereka pernah dikenali sebagai pasangan duet serasi.

Tajul dan Wany sebelum ini pernah merakamkan lima lagu duet bersama iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Aku Serius, Tragedi Cinta dan Gurauan Berkasih yang mana kesemua lagu itu mendapat jutaan tontonan.

“Saya akur dan menghormati keputusan Wany Hasrita jika beliau tidak mahu lagi berduet dengan saya. Memang ada sedikit terkilan sebab bagi saya gandingan kami serasi dan peminat suka jika kami duet bersama.

“Namun saya harus memahami situasi Wany sekarang yang sudah berumah tangga dan mungkin keadaan sekarang membuatkan dia tidak selesa berduet dengan saya,” katanya.

Wany sebelum ini pernah merakamkan lima lagu duet Bersama Tajul iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Aku Serius, Tragedi Cinta dan Gurauan Berkasih yang mana kesemuanya mendapat jutaan tontonan. – IG Wany Hasrita, 10 Mei, 2024

Tajul juga terpaksa akur apabila syarikat rakamannya, FMC Music menggandingkannya dengan Muna Shahirah bagi menyempurnakan projek album tribute Istimewa untuk Allahyarham Achik Spin yang sedang dalam proses pembikinan.

“Saya berterima kasih kepada FMC Music kerana mencadangkan agar Muna menggantikan Wany. Muna bukan sahaja memberi kerjasama yang baik pada saya, bahkan berjaya membuat Resipi Berkasih versi baru ini lebih ‘wow’.

“Walaupun ini gandingan pertama kami, tetapi saya tak sangka ia berjalan lancar dan sangat mudah,” katanya.

Sementara itu, Muna yang sebelum ini pernah digandingkan di dalam lagu bersama Afieq Shazwan dan Zack Zakwan berkata, tidak menjadi masalah baginya untuk bekerjasama dengan sesiapa asalkan lagu itu bersesuaian dengan vokalnya.

Tajul percaya, versi baharu Resipi Berkasih yang didendangkan bersama Muna lebih menarik dan kerjasama mereka berjalan lancar biarpun kali pertama bergandingan. – Gambar IG Tajul, 10 Mei, 2024

“Saya sedikit pun tidak merasa kecil hati apabila saya dijadikan pilihan kedua untuk lagu ini kerana gandingan duet Tajul sebelum ini adalah Wany Hasrita.

“Namun, saya lebih melihat peluang yang datang ini ke arah positif. Sebab saya yakin setiap aturan yang Allah tetapkan. Malah saya rasa bangga dapat terlibat dalam projek khas ini,” katanya.

Bagaimana agaknya gandingan vokal Tajul dan Muna menerusi lagu Resipi Berkasih ini yang mula dilancarkan di YouTube, malam tadi?

Dalam tempoh 21 jam dilancarkan, muzik video lagu ciptaan dan lirik Patrick Kamis ini berjaya mendapat 20,000 tontonan. – 10 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related