HEADLINES

Gerakan #Blockout 2024 mahu netizen henti sokong 100 selebriti ‘A-List’ dunia di media sosial

Gerakan ini menyasarkan golongan selebriti yang terus memilih berdiam, selain tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan keganasan dilakukan Israel ke atas Palestin

9:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah gerakan untuk menghentikan sokongan terhadap hampir 100 selebriti A-List dunia, iaitu #Blockout 2024 dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala pada 6 Mei lalu.

Gerakan #Blockout 2024 atau ‘Blockout 2024 Movement’ itu menyasarkan golongan selebriti yang terus memilih untuk berdiam, selain tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan keganasan dilakukan Israel ke atas Palestin.

Antara selebriti berada dalam senarai #Blockout 2024 termasuklah Blackpink, Taylor Swift, Selena Gomez, Kim Kardashian, Harry Styles, Justin Timberlake, Sam Smith, Olivia Rodgiro, Hailey Bailey, Beyonce, Rihanna, Katty Perry, Nicky Minaj, Leonardo DiCaprio serta Chris Hemsworth.

Gerakan dicetuskan pempengaruh TikTok @Blockout2024 itu, nampaknya mendapat sokongan padu daripada pengguna di aplikasi tersebut dan sebaik sahaja kempen berkenaan tular, Kim Kardashian kehilangan 3 juta pengikut di media sosialnya.

Lebih ramai lagi selebriti A-List akan berdepan nasib sama dengan Kardashian, apatah gerakan seumpama itu sebetulnya sudah diadakan sejak beberapa bulan.

Kim Kardashian kehilangan 3 juta pengikut di media sosial sebaik sahaja kempen TikTok @Blockout2024 dilancarkan warganet. – Gambar Facebook, 12 Mei, 2024

Apa kaitan Met Gala dengan isu Palestin?

Tiada kaitan sebetulnya antara acara pertunjukan fesyen itu dengan isu Palestin. Namun, sikap segelintir selebriti A-List itu yang lebih sibuk dan seronok memaparkan kemewahan serta kehidupan dunia glamor mereka, cukup tidak disenangi, apatah pada saat krisis di Gaza masih memuncak.

Lebih menyedihkan, pada hari berlangsungnya acara pertunjukan fesyen itu, Israel menyerang bandar Rafah yang terletak di Selatan Gaza, sehingga menyebabkan jumlah kematian penduduk yang tidak berdosa meningkat.

Namun, tiada seorang selebriti yang menghadiri acara Met Gala yang menunjukkan sikap prihatin atau memberikan tanda solidariti terhadap isu Palestin.

Kalau ada pun, cuma sekelompok penyokong Pro-Palestin yang berhimpun di luar untuk menyuarakan protes mereka terhadap selebriti menghadiri acara terbabit.

Ironinya, sewaktu acara Oscars 2024 berlangsung, beberapa selebriti seperti Mark Ruffalo dan Bilie Eilish mengenakan pin merah sebagai menyokong gerakan Artists4Ceasefire, selain berjuang agar Israel menghentikan serangan ke atas Palestin.

Met Gala pula sebaliknya dan dilihat sebagai acara yang hanya memberikan tumpuan kepada hal berkaitan selebriti ternama serta berpengaruh – 12 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Related