HEADLINES

Mahu rapatkan diri dengan orang seni untuk berdakwah, Ustaz Kazim sedia terima kecaman dalam Zim Zim Ala Kazim

Ustaz Kazim juga akui dia meletakkan syarat seperti tiadanya babak pegang atau bersentuhan serta menjaga solat di set lokasi sebelum terima tawaran Zim Zim Ala Kazim daripada Mawi

3:27 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim Elias sedia menerima kecaman daripada netizen selepas mengambil keputusan untuk terjun ke dunia lakonan dan menerajui watak utama dalam filem Zim Zim Ala Kazim arahan Asmawi Ani atau Mawi.

Menurut Kazim kepada Scoop, ini kerana langkah berkenaan bukan sahaja bertujuan untuk mendekatkan diri dengan orang-orang seni malah ia merupakan landasan untuk berdakwah.

Zim Zim Ala Kazim turut dibintangi Bell Ngasri, Anas Tahir, Shanthesh Kumar, Elvina Chua, Mawi, Syanie Hashim, Zarina Anjoulie, Iqram Dinzly serta Rosnah Johari – Gambar ihsan, 9 Jun, 2024

“Ia satu cabaran dan pengorbanan besar. Ada yang pro ada yang kontra. Ada yang suka, ada yang tak suka. Sekarang ini pun, saya dah nampak macam-macam komen di media sosial. Biasalah…

“Saya harus menghadapi dan menerima hakikat ada yang suka dan ada yang akan mengecam. Tujuannya mungkin orang tak nampak sekarang. Tapi sekurang-kurangnya bila mereka tonton sesuatu filem, mereka akan rasa selesa dan tidak rasa bersalah.

“Mungkin buat permulaan ini, ada kekurangan di mana-mana. Tapi, insya-Allah, kalau ada kerjasama lagi, ia akan perbaiki supaya kita dapat jadikan seni sebagai tempat berdakwah dan mengajak orang ke arah kebaikan,” katanya.

Ustaz Kazim sedia menghadapi dan menerima hakikat ada yang suka filem pertamanya ini dan ada yang akan mengecam – Gambar ihsan, 9 Jun, 2024

Menurut Kazim lagi, sepanjang 34 tahun melibatkan diri dalam bidang dakwah dan berceramah di merata tempat, beliau turut menerima tawaran menyertai politik dengan bertanding pada pilihan raya serta memegang jawatan dalam parti namun dia menolaknya kerana mengutamakan dakwah.

Namun apabila menerima tawaran daripada Mawi, ia mengejutkan malah isterinya turut bertanya sama ada beliau mahu mencuba bidang lakonan.

Bagaimanapun sebelum berlakon, Kazim meletakkan syarat tidak ada babak bersentuhan dan wajib menjaga solat di set lokasi.

Ustaz Kazim mengakui lebih mudah memberi ceramah daripada berlakon tetapi jika ada mendapat tawaran lain, beliau sedia menceritakan semua pengalamannya – Gambar ihsan, 9 Jun, 2024

“Mudah-mudahan ini adalah satu permulaan dan saya juga ingin mengajak golongan cendekiawan, agamawan, asatizah untuk turun dalam bidang seni. Buat skrip, cerita dan pelakon bagus dengan sistem pembikinan drama dan filem supaya ia jadi hasil kandungan yang terbaik untuk ditonton,’’ katanya yang mahu menjadikan filem sebagai sasaran mendekati anak-anak seni pada masa depan.

Tambahnya, tawaran itu diterimanya kerana jalan cerita filem itu hampir 80% menyamai kisah hidupnya yang menderita akibat disihir namun tidak semua diceritakan dalam Zim Zim Ala Kazim.

Kazim mengakui lebih mudah memberi ceramah daripada berlakon tetapi jika ada mendapat tawaran lain, beliau sedia menceritakan semua pengalamannya. Zim Zim Ala Kazim turut dibintangi Bell Ngasri, Anas Tahir, Shanthesh Kumar, Elvina Chua, Mawi, Syanie Hashim, Zarina Anjoulie, Iqram Dinzly serta Rosnah Johari bakal ditayangkan secara rasmi di pawagam pada 13 Jun ini. – 9 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related