HEADLINES

Letih dengan ‘drama’ keluarga, Chef Wan terima keputusan mahkamah

Chef Wan menyarankan kisahnya menjadi pengajaran tentang tanggungjawab dan kesetiaan kepada semua

4:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengakui letih dengan ‘drama’ melibatkan keluarganya dan menerima keputusan mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya.

Apa yang penting, katanya ialah mengelak daripada semua drama dan orang yang tidak bertanggungjawab dalam hidup.

“Untuk ini, saya menerima keputusan mahkamah. Letih dah saya menanggung drama minggu anak-anak dan keluarga saya pun. Ia meletihkan!

“Duit itu pada saya it’s a drop in the ocean dan esok ada rezeki kita kerja dapat lah balik,’’ katanya dalam kenyataan menerusi Instagramnya hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan memerintahkan Chef Wan semalam membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh, berhubung penerbitan berunsur fitnah di platform media sosial.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong selepas membenarkan rayuan O’Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mengulas lanjut, Chef Wan turut memberitahu, beliau dimaklumkan oleh peguamnya mengenai keputusan mahkamah itu malam tadi.

“Ketika kami berjuang selama lebih tiga tahun, jika saya tak silap saya membawa semua saksi. Saya menang kes dan dianugerahkan RM25,000. Saya mengambil wang itu dan menambah lagi RM60,000 duit saya sendiri dan menyumbang semuanya kepada Malaysia Cancer Research. Saya tidak mahu wang dia.

“Pada mulanya saya disaman untuk RM1 juta tetapi saya tidak mahu membuang masa dengan pergaduhan keluarga ini, saya menawarkan dia sejumlah RM300,000 untuk menyelesaikan kes ini.

“Bagaimanapun dia menolaknya. Saya terfikir kenapa membazirkan wang kami untuk kes undang-undang yang tidak perlu ini,’’ katanya.

Menurut Chef Wan, di sebalik usaha membuktikan kebenaran namun peguamnya memaklumkan bahawa cara beliau ‘menyerang’ bekas menantunya menerusi media sosial adalah salah.

Beliau turut menyarankan kisah itu menjadi pengajaran kepada semua yang ingin menjadi suami serta bapa kepada anak-anak mereka mengenai tanggungjawab dan kesetiaan kepada isteri mereka.

“Akibat drama anak-anak dan dan menantu, di akhirnya bapak mertua juga yang tersepit dan terpaksa menanggung ini semua.

“Tidakkah anda rasa kisah hidup saya akan menjadi filem yang hebat?’’ katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related