HEADLINES

Demi konsert solo pertama, Dolla cipta lagu Here4U khusus buat iDollas

Sebuah klip video yang menceritakan perjalanan kerjaya muzik mereka dari awal turut dihasilkan dan ia memaparkan momen-momen bersama Sasya

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Demi menjayakan konsert solo pertama mereka yang bakal berlangsung Ogos ini, kumpulan Dolla yang kini tinggal bertiga telah mencipta sebuah lagu khusus, Here4U yang ditujukan khas buat kelompok peminat serta pengikut mereka, iDollas.

Lebih menarik, lagu itu dicipta dan ditulis komposer, Hyuk Shin dan Chris Young bersama salah seorang ahli kumpulan itu, Tabitha Ariel Lam atau Tabby.

“Semuanya bermula dari petikan muzik instrumental yang indah dalam lagu itu. Salah seorang komposer, Hyuk Shin memberi saya peluang untuk bersama-sama menulis lagu dan menghasilkan melodi.

“Dia bersama seorang lagi komposer, Chris Young membimbing saya dengan baik sepanjang proses itu.

“Memikirkan konsert Dolla yang akan datang, kami rasa ia adalah waktu yang tepat untuk menghasilkan lagu khusus buat para peminat. Selepas mencipta melodi di studio, saya pulang ke rumah untuk memikirkan lirik yang sesuai dan inilah hasilnya,” kata Tabby.

Menurutnya, inspirasi besar di sebalik Here4U adalah iDollas sendiri yang tidak henti-henti menyokong dan sentiasa bersama Dolla dalam setiap situasi sukar yang dilalui.

“Mereka benar-benar tulang belakang dalam kehidupan Dolla. Ini adalah ucapan terima kasih yang tulus kerana bertahan melalui semua halangan,” kata Tabby dalam keterujaan tentang karya agungnya untuk kumpulan itu.

Seperti beberapa lagu hit mereka sebelum ini, lagu tersebut didatangkan dalam dua versi iaitu bahasa Malaysia yang ditulis oleh Putri Dahlia, Tabby dan Hyuk Shin, manakala versi Inggeris ditulis Tabby dan Hyuk Shin.

Untuk melengkapkan lagu itu, sebuah klip video yang menceritakan perjalanan kerjaya muzik mereka dari awal dihasilkan dan ia turut memaparkan momen-momen mereka bersama Sasya sebelum dia mengundurkan diri daripada kumpulan itu.

Ia merupakan gambaran visual tentang apa yang telah mereka lalui untuk berada di tahap sekarang.


Video tersebut dihasilkan dengan gabungan aneka klip video yang telah mereka rakam menggunakan telefon bimbit masing-masing. Sudahpun berada di laman YouTube, babak-babak indah tersebut kini dikongsi untuk tatapan seluruh dunia.

Sungguhpun sibuk mengeluarkan single baru dan sedang membuat persiapan demi konsert mereka yang akan datang, Tabby berserta dua lagi anggota Dolla yang masih kekal iaitu Wan Sabrina Wan Rusli atau Sabronzo serta Angelina Chai Ka Ying (Angel) nampaknya bakal mengumumkan lebih banyak kejutan.

“Kami sedang mengusahakan pelbagai perancangan untuk festival yang besar sepanjang tahun ini. Selain itu, kami juga sedang menghasilkan muzik baharu dan menyusun hala tuju kami sebagai sebuah kumpulan yang ingin bergerak ke hadapan,” kata Angel.

Dolla bakal mengadakan Konsert Dolla Re:Birth The Experience di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Ogos ini. Sebelum ini, Dolla telah mencipta nama apabila persembanan lincah mereka pada Show It All terbitan produksi di China, mendapat pujian ramai. – 24 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related