HEADLINES

Cetak rompak digital: Altimet gesa penguatkuasaan dipertingkat, perlu ada kerjasama dengan syarikat platform kandungan

Katanya, kerajaan perlu mencontohi Indonesia dan Filipina dalam memerangi gejala cetak rompak digital serta melindungi harta intelek karyawan industri kreatif hiburan mereka

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah besar babak dalam filem “Sheriff: Narko Integriti” sedang ditonton secara berleluasa di penstriman haram yang ‘merompak’ pelaburan pencipta kandungan secara langsung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra disapa Altimet berkata, kerajaan perlu bersikap tegas untuk memerangi gejala cetak rompak digital secara habis-habisan.

“Naskah layar perak ini merupakan filem kutipan tertinggi di Malaysia bagi 2024, dengan kutipan box office sebanyak RM64 juta yang secara langsung memaparkan bakat dan dedikasi penulis skrip, pelakon, dan pengarah filem Malaysia.

“Namun, kejayaan ini dibelengu oleh satu realiti yang membimbangkan iaitu penularan cetak rompak digital yang saban hari semakin ganas merosakkan industri kreatif tanah air,” katanya.

Altimet berkata, beliau difahamkan, meskipun Astro berusaha keras membanteras jenayah itu dengan menutup 30 grup Telegram yang mempunyai lebih 200,000 pelanggan, pencurian Sheriff masih berterusan, seolah-olah gejala itu sukar lagi dibendung.

“Cetak rompak digital, sudah menjadi satu epidemik. Bukan Astro sahaja yang mengalami permasalahan ini. Premier League (Liga Perdana Inggeris) juga turut bekerja keras dalam melawan cetak rompak digital.

“Pada 2024, ia berjaya mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk memberi kebenaran kepada syarikat perkhidmatan internet untuk menghalang capaian terhadap 25 laman web penstriman haram yang paling popular di negara terbabit,” katanya.

Menurutnya lagi, meskipun dengan adanya Rang Undang-Undang (RUU) Hak Cipta (Pindaan) 2021, yang membabitkan penggubalan Seksyen 43AA (yang menjadikan penggunaan teknologi penstriman dalam kes pelanggaran hak cipta sebagai satu jenayah), jenayah cetak rompak digital tetap berleluasa di Malaysia.

Altimet kecewa dengan nasib yang menimpa filem Sheriff: Narko Integriti yang boleh ditonton secara berleluasa di platform penstriman haram yang ‘merompak’ pelaburan pencipta kandungan secara langsung. – Gambar Astro, 1 Julai, 2024

“Pindaan terbabit adalah susulan daripada keputusan Mahkamah Hak Cipta Kuala Lumpur pada Mei 2021, yang mengisytiharkan bahawa penjualan, penawaran, atau pengedaran kotak TV atau peranti penstriman yang membolehkan capaian tidak sah kepada kandungan berhak cipta adalah satu pelanggaran hak cipta.

“Namun, meskipun dengan adanya rang undang-undang ini, penguatkuasaan terhadap jenayah ini kelihatan longgar. Potensi perundangan ini mesti dizahirkan sepenuhnya bagi memastikan industri kreatif kita dapat berkembang tanpa terus diancam jenayah cetak rompak digital.

“Status quo ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mengancam ribuan mata pencarian. Golongan profesional yang menghidupkan industri kreatif yang turut mencungkil bakat terpendam tanah air, wajar mendapat perlindungan lebih baik,” katanya.

Sehubungan itu, kata Altimet, sudah tiba masanya untuk Malaysia mengambil pendirian lebih tegas terhadap isu cetak rompak digital dan melaksanakan langkah-langkah ketat serta memastikan tindakan penguatkuasaan dipertingkat.

“Kita perlu mengikuti contoh ditunjukkan Indonesia dan Filipina dalam memerangi cetak rompak digital serta melindungi harta intelek karyawan industri kreatif hiburan mereka. Kita mesti mewujudkan persekitaran yang selamat, melindungi serta memastikan kelestarian kejayaan industri kreatif kita.

“Saya yakin, gergasi industri tanah air seperti Astro dan Media Prima serta syarikat produksi tempatan seperti Skop Productions, Primeworks Studios dan Act2 Pictures, yang sudah melabur jumlah wang yang besar untuk menangani isu ini, akan menyambut baik tindakan tersebut,” katanya. – 1 Julai, 2024

Topics

 

Popular

SRC US$1.1b suit: Lawyer says Najib changed his story five times on how RM42m wound up on his books

SRC counsel Datuk Lim Chee Wee said it was proven in trial that the funds from SRC International were credited into Najib’s personal account for personal enrichment

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Related