HEADLINES

Ruhainies dikutuk, sepatutnya persatuan artis kena pertahankan artis: Murali

Menceritakan pengalamannya bekerja dengan Ruhainies dalam drama bersiri Jejak Karmilla, Murali berkata, artis itu amat menghormati pelakon-pelakon lain serta tenaga produksi

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah drama, Murali Abdullah menyelar sikap persatuan hiburan yang memayungi artis tanah air kerana tidak melakukan sesuatu untuk mempertahan pelakon, Ruhainies daripada terus menjadi mangsa kecaman.

Beliau turut mempersoal fungsi dan kredibiliti persatuan hiburan yang baginya hanya tahu mengutip yuran, tetapi pada masa yang sama mengabaikan kebajikan artis yang menjadi ahli mereka.

“Sepatutnya, persatuan-persatuan yang pro pelakon tampil ke hadapan dan mempertahan artis mereka. Tapi mereka ini buat tak tahu saja. Fungsi sebagai persatuan artis tiada, tapi ada hati lagi kutip yuran. Membazir saja.

“Oleh kerana tidak ada satu manusia pun datang ke depan untuk membela Ruhainies, biarlah saya sahaja yang buat tugas itu,” katanya dalam satu perkongsian di akaun Facebook miliknya.

Menceritakan pengalamannya bekerja dengan Ruhainies dalam drama bersiri Jejak Karmilla, Murali berkata, Ruhainies adalah pelakon yang amat menghormati pelakon-pelakon lain serta kru tenaga produksi.

“Dia sangat disiplin dan pandai menghayati watak serta boleh menangis,” katanya.

Katanya, Ruhainies adalah seorang manusia biasa yang mampu buat kesalahan dan kesilapan di dalam hidupnya.

“Orang ramai yang konon tak pernah buat salah atau kesilapan, hentam dia tanpa usul periksa.

“Mereka hanya nampak dosa orang lain, dosa sendiri letak bawah karpet. Orang macam ini bulat-bulat percayakan apa sahaja dalam media sosial.  Kenapa ya? Seronok kutuk artis?

“Saya tahu ramai orang yang akan marah kepada saya tapi saya hanya membela Ruhainies kerana dia adalah artis saya dan dia juga adalah sahabat saya,” katanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related