HEADLINES

Akan Tiba bantu peminat bangkit dari kesedihan, terima kasih Hannah Delisha!

Lagu itu menggalakkan pendengar untuk bergerak ke hadapan, meninggalkan kesedihan lalu dan percaya ada hari lebih cerah menanti pada masa akan datang

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bangkit dari kesedihan selepas mengalami keguguran anak pertama, bukanlah perkara mudah buat pelakon jelita asal Singapura, Hannah Delisha, 26.

Namun, Hannah yang juga salah seorang pelakon drama Lelaki Itu cuba menterjemahkan emosi sedih itu menerusi single terbaharunya, Akan Tiba.

Lagu itu menggalakkan pendengar untuk bergerak ke hadapan, meninggalkan kesedihan lalu dan percaya ada hari lebih cerah menanti pada masa akan datang.

“Lagu Akan Tiba bukan hanya sekadar lagu biasa. Lagu motivasi ini menyampaikan pesanan inspiratif mengenai harapan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran dengan penuh semangat.

“Lagu ini juga mampu membangun keyakinan dalam diri pendengarnya serta merangsang perasaan positif dan memperkuat tekad untuk tidak menyerah di tengah cubaan hidup.

“Saya percaya pesanan motivasi dalam lagu ini sangat relevan dengan situasi seharian ramai orang yang mungkin sedang berjuang melewati masa sukar,” katanya.

Ternyata lagu baharu Hannah itu membuahkan hasil kerana sejak dilancarkan pada Jumaat lalu, ramai peminat meluahkan lagu itu banyak membantu mereka berdepan dengan pelbagai ujian hidup.

Ada yang berdepan dengan isu percintaan, kemurungan, ujian peperiksaan, kesulitan dan kepayahan hidup serta bermacam-macam lagi kesulitan.

Rata-rata mereka juga menyatakan amat tertarik dengan bait-bait lirik lagu itu.

Tidak kurang juga mengakui gembira apabila melihat Hannah tampil dengan single terbaharu dan berharap ia akan menjadi lagu runut bunyi untuk produksi drama Melayu tempatan serta berjaya bertanding ke peringkat Anugerah Juara Lagu.

Akan Tiba adalah single baharu Hannah yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Faizal Tahir, Ja’a, Romeo dan Eugene Lai selepas kali terakhir muncul dengan single Terlalu Mudah pada 2021. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related