◉ HEADLINES

Zim Zim Ala Kazim terima respons positif penonton bukan Melayu

Ustaz Kazim Elias turut menjawab persoalan agama diajukan penonton terbabit terutama sikapnya memaafkan orang yang melakukan sihir ke atasnya

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim Elias mengakui tidak menyangka filem pertama yang meletakkannya sebagai watak utama, Zim Zim Ala Kazim berjaya meraih kutipan lebih RM3.5 juta.

Bahkan Ustaz Kazim gembira kerana filem terbitan dan arahan Asmawi Ani atau Mawi itu masih lagi ditayangkan di pawagam dan berjaya bertahan selama sebulan biarpun ia mula ditayangkan secara rasmi pada 13 Jun lalu.

Ketika dihubungi Scoop, Ustaz Kazim berkata, dia mendapat maklum balas yang cukup baik daripada penonton sewaktu menjayakan rangka jelajah promosi filem tersebut di beberapa negeri.

“Saya ikut rangka promosi Zim Zim Ala Kazim ini dan dari situlah saya dapat bertemu secara langsung dengan mereka yang datang menonton filem ini. Ada yang mengakui tidak pernah menjejakkan kaki ke panggung tetapi kerana Zim Zim Ala Kazim, mereka sanggup datang. Mereka ini kebanyakannya yang sudah berusia.

“Ada juga yang beritahu mereka sudah menontonnya sebelum ini tetapi datang lagi untuk menonton kerana menyukai filem tersebut.

“Bagi saya, ia satu perkembangan yang baik dan membuktikan filem seperti ini juga sebetulnya boleh diterima masyarakat dan mempunyai tempat di pawagam,” katanya.

Antara babak menarik menampilkan Ustaz Kazim Elias (kanan) bersama Iqram Dinzly (kiri) dalam filem Zim Zim Ala Kazim. – Gambar fail, 15 Julai, 2024

Ustaz Kazim bagaimanapun mengakui, dia paling terkesan apabila mendapat respons daripada penonton bukan Melayu.

“Saya sendiri tidak sangka ada penonton bukan Melayu datang menonton filem ini. Lepas menonton, mereka datang jumpa saya dan bertanya apakah saya memaafkan orang yang melakukan sihir ke atas saya.

“Saya jawab ya. Mereka terkejut apabila mendengar jawapan itu dan saya menjelaskan dalam Islam kita digalak memaafkan orang yang berniat atau bersikap tidak baik dengan kita.

“Setidak-tidaknya, saya juga dapat berkongsi sedikit ilmu kepada mereka tentang agama Islam,” katanya.

Tambahnya, dia juga turut mendapat beberapa tawaran berlakon filem selepas membintangi Zim Zim Ala Kazim.

“Tapi saya tidak dapat menerimanya kerana sudah berjanji dengan Mawi untuk menjayakan filem terbitan dan arahannya yang akan dihasilkan tidak lama lagi,” katanya. – 15 Julai, 2024

Topics

 

◉ Popular

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

Criminologist sounds alarm: Deepfakes make Malaysia’s leaders weapons for cybercrime

Datuk P. Sundramoorthy says AI-generated videos and cloned audio impersonating prominent figures signal a dangerous evolution in cyber scams, with fraudsters exploiting authority, media credibility and public trust at scale

◉ Related