Kerja dengan isteri yang jadi penerbit, memang ‘masalah’ kata Raja Mukhriz berkongsi kisah belakang tabir Pagari Bulan

Raja Mukhriz berkata Pagari Bulan berkisar kepada peristiwa sebenar yang tidak pernah dibicarakan iaitu mengenai wanita yang dijadikan pemuas nafsu semasa zaman pendudukan Jepun

9:50 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Bekerja dengan penerbit wanita memang payah! Hal itu diakui pengarah filem, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin apabila menceritakan mengenai produk karya filem terbaharu arahannya, Pagari Bulan yang diterbitkan di bawah syarikat produksinya iaitu Eleven Field Creative Sdn Bhd.

Melalui syarikat produksinya itu, isterinya, Sharifah Shahora telah bertindak sebagai penerbit yang menguruskan segala hal berkaitan dengan kerja-kerja pengurusan, manakala dia pula memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kreatif pembikinan filem.

“Saya memang tidak mempunyai sejarah bekerja dengan penerbit wanita sebelum ini dan masalah yang sama juga saya hadapi dengan isterinya.

“Kebiasaanya masalah yang dihadapi berkait rapat dengan percanggahan kreatif. Ada beberapa perkara yang saya inginkan tidak dapat dan selalunya mereka tidak faham bahawa apa yang saya minta itu menjurus kepada nilai karya filem tersebut,” katanya pada sidang media dan tayangan trailer filem Pagari Bulan.

Mengulas tentang Pagari Bulan, Raja Mukhriz berkata, filem itu berkisar tentang peristiwa sebenar yang tidak pernah dibicarakan iaitu mengenai golongan wanita di Tanah Melayu yang dijadikan pemuas nafsu tentera Jepun.

“Sebetulnya kisah ini berlaku di Port Dickson tapi saya telah menjadikannya sebagai fiksyen pada hari tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan melalui Thailand untuk menakluk Tanah Melayu pada 1941.

“Wanita-wanita pada zaman itu menjadi tahanan dan dikurung untuk dijadikan ‘comfort woman’ kerana Jepun mahu menjaga moral askar-askar mereka. Tetapi sebelum itu, kita juga menjadikan beberapa dokumentari sebagai rujukan,” katanya.

Jelas Raja Mukhriz lagi, dia juga mempunyai sebab memilih kisah wanita teraniaya pada zaman bermulanya penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Pagari Bulan berkisar tentang peristiwa sebenar yang tidak pernah dibicarakan iaitu mengenai golongan wanita di Tanah Melayu yang dijadikan pemuas nafsu tentera Jepun – Gambar IMDb – 13 September, 2023

“Sebetulnya, filem ini asalnya datang dari sebuah filem pendek yang saya arahkan pada 2016 dan telah pun memenangi anugerah di Eurasia Film Festival di Kazakhstan.

“Sewaktu hendak melakukan pitching untuk mendapatkan Dana Kandungan Digital (DKD) untuk filem kenegaraan dan temanya pula adalah tentang women empowerment, saya tanya Shahora apa yang kita boleh buat dengan tema ini.

“Sebab dah tiga kali kita kena ‘reject’ waktu memohon dana sebelum ini. Jadi, kita kena cari satu subjek yang rare atau jarang disentuh. Shahora kemudian duduk bersama penulis Ellyna Ahmad dan menyarankan tentang cerita ini.

“Kita sering mendengar kisah mengenai kekejaman tentera Jepun, kisah mereka memancung kepala dan zaman di mana penduduk di Tanah Melayu hanya makan ubi kayu namun apa lagi kekejaman yang dilakukan?

“Akhirnya kita menyedari bahawa tindakan mereka menjadikan wanita sebagai ‘comfort woman’ adalah salah satu daripada elemen yang ada pada kekejaman Jepun dan ia tidak pernah diangkat lagi dalam mana-mana filem sebelum ini,” katanya.

Melalui Eleven Field Creative Sdn Bhd, Sharifah Shahora bertindak sebagai penerbit yang menguruskan segala hal pengurusan, manakala Raja Mukhriz pula memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kreatif pembikinan filem – Gambar Scoop, 13 September, 2023

Jelas Raja Mukhriz lagi, proses paling sukar menyiapkan filem drama sejarah yang menjalani penggambaran selama 45 hari ini adalah mencari watak utamanya iaitu Bulan yang dibintangi Nazeera Sardi.

“Bulan merupakan watak terakhir dalam filem ini dan pelakon yang dicari harus melalui sesi uji bakat. Ada yang datang uji bakat tapi kena tolak. Bukan sebab mereka tidak okey, tapi ia tidak memenuhi karakter.

“Ini juga adalah antara punca pergaduhan saya dengan Shahora. Sebab ada yang dia nak, saya tak nak. Sebab presence dalam filem sebetulnya berbeza jika dibandingkan dengan filem dan banyak kriteria yang diperlukan untuk watak Bulan itu.

“Jadi perkara itu penting bagi saya supaya saya tak buat pemilihan dan pelakon yang salah dan ada juga pelakon yang saya kenal dan tahu kemampuan mereka. Misalnya macam Michael Ang dan Alvin Wong.

“Tapi, mereka juga terpaksa melalui proses casting supaya kita yakin mereka betul dan boleh membawakan watak yang diberikan dengan baik. Semua pelakon dalam filem ini tidak membawa populariti tapi saya yakin mereka mampu membawa karakter mereka dengan berjaya,” katanya lagi. – 13 September, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related