Saya tidak mahu tuding jari, namun tertanya sistem apa diguna untuk memasarkan, edar Pagari Bulan – Raja Mukhriz

Raja Mukhriz berkata, masalah itu dikenal pasti melalui pengamatannya sendiri sewaktu membuat lawatan di beberapa panggung di sekitar Kuala Lumpur

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah Pagari Bulan, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mengakui sedikit kecewa dan kesal apabila mengetahui terdapat beberapa masalah, membabitkan isu pemasaran serta pengedaran berkaitan filem arahan dan terbitan terbaharunya itu.

Katanya, antara masalah dikenalpasti itu adalah ketiadaan audio sewaktu filem hingga tarikh tayangan diganti pada hari lain, poster filem diletakkan jauh dari sudut utama panggung, ketiadaan trailer di ruang legar dan beberapa waktu tayangan yang diubah serta-merta.

Sewaktu dihubungi Scoop, Raja Mukhriz berkata, masalah dikenalpasti itu adalah melalui pengamatannya sendiri sewaktu membuat lawatan di beberapa panggung di sekitar Kuala Lumpur.

Sejak Pagari Bulan ditayangkan di panggung sejak empat hari lalu (bermula 5 Oktober), filem ini meraih pujian daripada pengkritik dan orang ramai – Gambar IMDb, 9 Oktober, 2023

“Saya pun tidak tahu di mana silapnya hingga timbulnya masalah ini dan saya tidak mahu menuding jari kepada pihak MIG Productions Sdn Bhd yang bertindak sebagai pengedar filem ini.

“Tapi saya juga tertanya-tanya bagaimana sistem digunapakai untuk memasar dan mengedarkan filem ini supaya ia dapat sampai ke khalayak ramai.

“Lebih-lebih lagi apabila ada dalam kalangan khalayak memberitahu bahawa mereka langsung tidak tahu-menahu dengan kewujudan filem ini,” katanya.

Dia yang juga suami kepada aktres Sharifah Shahora berkata, pihaknya tidak pasti apakah masalah berkaitan pemasaran dan pengedaran itu, menjadi penyumbang kepada suasana sepinya panggung daripada penonton untuk Pagari Bulan.

“Walhal sejak Pagari Bulan ini ditayangkan di panggung sejak empat hari lalu (bermula 5 Oktober), filem ini meraih pujian daripada pengkritik dan orang ramai.

“Kalau filem ini tidak bagus, 10 orang yang menonton, pasti sembilan akan kata tidak suka dan suka hanya satu orang. Tapi, kalau 10 orang menonton, lebih ramai suka berbanding tidak suka, bermakna filem ini memang boleh dijual. Ia berdasarkan fakta tersebut.

“Tapi, mengapa ia masih tidak sampai ke pengetahuan khalayak. Di mana silapnya,” katanya.

Menurutnya, apa lebih mencetuskan persoalan apabila selaku penerbit dan produksi, pihaknya sudah melakukan yang terbaik untuk menghasilkan sebuah ‘finished product’ yang memuaskan hati.

“Dan kerana itu, saya juga turut menggunakan pendekatan komersil untuk menghasilkan Pagari Bulan ini untuk pasaran umum. Supaya ia tidak jadi terlalu artistik sehingga menyukarkan penonton biasa untuk menikmati filem ini,” katanya.

Jelas Raja Mukhriz, segala permasalahan mengenai isu pemasaran dan pengedaran Pagari Bulan, sudah disuarakan kepada pihak MIG Productions Sdn Bhd.

“Saya tidak pasti apakah akan mereka lakukan untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Tetapi untuk di pihak kami di Eleven Field Creative Sdn Bhd, kami hanya mengharapkan pemasaran dari mulut ke mulut.

“Sedikit sebanyak ia membantu kerana sudah mula ramai yang ingin menonton filem ini. Tapi, masalahnya ada pula waktu tayangan sudah ditarik.

“Sebagai produser dan pengarah filem ini, sudah tentu saya sedih kerana Pagari Bulan adalah filem arahan serta terbitan pertama saya yang menggunakan bajet sedikit besar. Tidak sangka pula keadaannya akan jadi begini. – 9 Oktober, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related