◉ HEADLINES

Video Jungkook peluk teman wanita jadi tular, netizen cuba bandingkan perabot dan lampu di rumahnya, ternyata sama!

Video yang memaparkan seorang jejaka iras wajah penyanyi lagu Seven itu dilihat telah memeluk seorang wanita dari belakang sambil berjalan ke sana-kemari.

8:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebuah video yang didakwa ahli BTS, Jungkook dengan teman wanitanya telah tersebar dengan begitu pantas dan meluas di Weibo, iaitu satu aplikasi yang seakan-akan Twitter dan Facebook di China.

Individu yang memuat naik video tersebut mendakwa lelaki di dalam rakaman tersebut adalah Jungkook.

Ia sudah tentu mengejutkan peminat BTS iaitu ARMY di seluruh dunia. Namun, apakah benar Jungkook sudah mempunyai teman wanita dan dia adalah lelaki di dalam rakaman tersebut?

Dalam rakaman berkenaan, ia memaparkan seorang jejaka iras wajah penyanyi lagu Seven itu memeluk mesra seorang wanita dari belakang sambil berjalan ke sana-kemari di dalam sebuah apartmen dipercayai di Brunnen Cheongdam, iaitu kediaman penyanyi berusia 26 tahun itu.

Kediaman mewah itu sememangnya dikenali sebagai kawasan yang mempunyai tahap privasi yang tinggi dan memiliki unit terhad.

Jadi, ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila ada pihak yang berjaya merakam momen-momen peribadi lelaki yang didakwa sebagai Jungkook.

Namun klip rakaman itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengkritik.

Ada yang mengatakan lelaki di dalam video itu hanya kelihatan seperti penyanyi K-pop tersebut. Tidak kurang juga yang dia adalah Jungkook.

Keadaan ini memaksa netizen untuk bertindak sebagai penyiasat dengan membandingkan perabot yang ada di dalam klip video itu dengan video live Jungkook yang dihasilkan di rumahnya.

Ada yang mengatakan sofa dan lampu yang terdapat di dalam klip video itu sama dengan apa yang terdapat di rumah Jungkook.

Bahkan, video itu turut menampilkan anjing jenis Doberman, yang kebetulan turut dimiliki oleh Jungkook dan diberi nama Jeon Bam. – 2 Oktober, 2023


Topics

 

◉ Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related