◉ HEADLINES

Norza masih layak terajui BAM: Misbun

'Isu saya bersama BAM tiada kena mengena dengan keputusan Norza (mahu meletak jawatan). Saya percaya yang Norza mempunyai perancangannya sendiri,' : Misbun

7:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas pengarah pembangunan perseorangan remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek menafikan konfliknya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah punca kenapa presiden badan induk itu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mahu meletakkan jawatan hujung tahun ini.

“Isu saya bersama BAM tiada kena mengena dengan keputusan Norza (mahu meletak jawatan). Saya percaya yang Norza mempunyai perancangannya sendiri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bulan lepas Norza mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden pada penghujung tahun ini dan memaklumkan telah menemui beberapa calon untuk menggantikannya.

Bagaimanapun, ramai peminat badminton negara percaya masalah antara Misbun dengan BAM, selepas penamatan kontrak bekas pemain kerana kegagalan pemain pelapis pada Kejuaraan Junior Asia pada Julai lalu adalah punca di sebalik keputusan Norza.

Pada masa sama, Misbun berkata Norza masih lagi pemimpin yang tepat untuk menerajui badan kebangsaan itu memandangkan beliau telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sejak memegang jawatan tersebut pada 2017.

“Saya sedih mendengar yang Norza akan meletakkan jawatan pada akhir tahun ini. Saya tidak tahu kenapa beliau mahu meninggalkan BAM.

“Pada pendapat saya, Norza masih lagi pemimpin yang relevan dan cekap untuk menjadi presiden. Dengan pimpinan beliau kita berjaya menubuhkan ABM dan menarik penaja.

“Di bawah pimpinan Norza, BAM berada dalam keadaan yang baik, perkara yang kita perlukan hanyalah keputusan,’’ katanya. – 20 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Popular

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Property overhang trend in Penang tapers, but long-term solutions remain crucial: Experts

Industry observers call for targeted interventions to resolve the state's housing glut problem

◉ Related