Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer meninggal dunia

Terkenal dengan gelaran ‘Der Kaiser’, Beckenbauer dianggap unik kerana seorang daripada tiga lelaki yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer yang menjadi kapten negara itu ketika menjulang Piala Dunia 1974 meninggal dunia pada usia 78 tahun, lapor agensi berita DPA.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa suami dan juga bapa, Franz Beckenbauer telah meninggal dunia dengan tenang ketika tidur, dikelilingi oleh ahli keluarganya,” menurut kenyataan itu.

Selain membawa Jerman muncul juara dunia sebagai pemain, Beckenbauer juga menjadi pengurus pasukan ketika skuad Die Mannschaft merangkul gelaran berprestij itu pada 1990.

Beliau adalah seorang daripada tiga lelaki yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih, menjadikannya individu yang sangat unik.

Lebih banyak beraksi di bahagian pertahanan, Beckenbauer terkenal dengan ketenangan mengawal bola dan kegigihan ketika beraksi untuk Jerman Barat dan Bayern Munich pada era 1960-an dan 70-an.

Dia memiliki 103 cap untuk negaranya, menjuarai Kejohanan Eropah 1972 dan kemudian menebus kegagalan pada final Piala Dunia 1966 di tangan England dengan menjuarainya di tempat sendiri pada 1974.

“Franz Beckenbauer sememangnya pemain bola sepak Jerman terbesar sepanjang zaman, dan lebih-lebih lagi beliau seorang lelaki terhebat yang saya kenali,” kata Naib Presiden DFB, Hans-Joachim Watzke.

Canselor Jerman, Olaf Scholz dan bekas kapten, Jerman Lothar Matthaeus sama-sama berkata: “Kami akan merinduinya.”

Terkenal dengan gelaran ‘Der Kaiser’, Beckenbauer telah merangkul hampir kesemua kejuaraan utama sepanjang kariernya dan meneruskan kecemerlangan sebagai pengendali pasukan.

Memiliki 103 cap untuk negaranya, Franz Beckenbauer juga cemerlang bersama kelab dan telah memenangi hampir semua kejuaraan bersama Bayern Munich. – Gambar ihsan DFB, 9 Januari, 2024

Di peringkat kelab, dia membawa Bayern Munich menjuarai tiga Kejuaraan Eropah dari 1974 hingga 1976, dan memenangi Piala Dunia Kelab, Piala Juara-Juara Eropah dan lapan trofi domestik – empat gelaran liga serta empat piala.

Badan bola sepak Eropah, UEFA memuji Beckenbauer sebagai ‘anak lelaki terhebat Eropah’ yang ‘membentuk bola sepak Jerman tidak seperti yang lain’, manakala Liga Perdana Inggeris menyifatkannya sebagai pemain bola sepak paling hebat yang memenangi semuanya dengan anggun dan pesona.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino pula menggelar Beckenbauer sebagai ‘legenda sejati’, sambil berkata: “Kami tidak akan melupakanmu Franz yang dikasihi, terima kasih untuk segala-galanya.” – 9 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related