HEADLINES

Piala Asia 2023: Bahrain tidak pandang Malaysia ‘sebelah mata’

Selepas kalah dalam aksi pembukaan, perlawanan kedua malam ini ibarat pertembungan 'hidup mati' buat Malaysia dan Bahrain

3:01 PM MYT

 

DOHA – Bahrain menjangkakan pertarungan sengit daripada Malaysia menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada perlawanan kedua Kumpulan E, Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hammad malam ini.

Ketua jurulatih skuad Dilmun Warriors, Juan Antonio Pizzi berkata, walaupun mencatat rekod baik menentang Harimau Malaya, Bahrain tidak akan mengharungi perlawanan yang mudah kerana kedua-dua pasukan mempunyai matlamat yang sama untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

Bagaimanapun, pengendali berusia 55 tahun dari Argentina itu, yang membimbing Chile merangkul kejuaraan Copa America pada 2016, berkata pasukannya tidak mencari sebarang keputusan selain kemenangan ke atas Malaysia kendalian Kim Pan-gon.

“Bagi saya, tidak kira apa keputusan perlawanan sebelum ini antara kami…kami di sini hanya tumpu untuk mendapatkan tiga mata. Kami sudah ada rancangan dan pemain tahu mereka perlu memberikan segalanya.

“Lebih banyak gol yang kami jaringkan dalam perlawanan esok, semakin baik keadaan kami (dalam usaha untuk layak ke pusingan 16),” katanya pada sidang media praperlawanan di sini semalam.

Mengulas lanjut, bekas jurulatih Arab Saudi itu berkata, kekalahan 1-3 pasukannya kepada Korea Selatan dalam aksi pembukaan kumpulan, Isnin lalu memberikan pengajaran berguna bagi menghadapi Malaysia.

Beliau berkata, pasukannya telah mengkaji kemampuan Harimau Malaya berdasarkan dua perlawanan terakhir mereka masing-masing menentang Syria dan Jordan.

Sementara itu, pemain sayap, Ali Madan berkata, persiapan pasukan untuk berdepan Malaysia berjalan lancar dan berharap nasib akan menyebelahi mereka dalam usaha mereka untuk lolos ke peringkat kalah mati.

Malaysia juga berdepan misi ‘hidup mati’ apabila menentang Bahrain di Stadium Jassim bin Hammad, Doha malam ini untuk menghidupkan peluang meneruskan kemaraan. – Gambar Bernama, 20 Januari, 2024

“Kami fokus untuk menang sama seperti tumpuan menjaringkan lebih banyak gol.

“Setelah menganalisis pasukan Malaysia, kami tahu mereka mempunyai pemain yang sangat baik dan pantas. Perlawanan menentang Jordan sepatutnya menjadi pengajaran berharga bagi mereka (menjelang perlawanan esok),” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga perlawanan sejak 2013 dengan pertemuan terakhir menyaksikan skuad Dilmun Warriors menang 2-1 pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil pada 2022.

Perlawanan malam ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan di pusingan akhir Piala Asia.

Bahrain kini berada di ranking ke-86 dunia, manakala Malaysia di tangga ke-130. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related