HEADLINES

Piala Asia 2023: Pengadil dari Malaysia adili pertembungan Uzbekistan-Thailand esok

Muhammad Nazmi Nasaruddin akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid

7:58 PM MYT

 

DOHA – Pengadil elit negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin diberi kepercayaan untuk mengadili pertembungan antara Uzbekistan dan Thailand pada perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, esok.

Muhammad Nazmi akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.

Perkara itu disahkan satu-satunya pakar teknikal pengadil pertandingan dari Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada perlawanan esok juga, Omar Mohamed Ahmed Hassan Alali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditugaskan sebagai pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) dan akan dibantu Khalid Saleh H Alturais dari Arab Saudi sebagai pembantu VAR.

Selain Muhammad Nazmi Nasaruddin, dua pegawai perlawanan dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid juga akan terlibat dalam perlawanan itu.

Thailand, yang membuat penampilan kedua berturut-turut di pusingan 16 terbaik Piala Asia, berpeluang menjadi wakil tunggal pasukan Asia Tenggara layak ke suku akhir selepas Indonesia tumpas 0-4 di tangan Australia semalam.

Dalam pada itu, Uzbekistan mengintai untuk layak ke suku akhir buat kali keempat dalam usaha mencipta sejarah mara buat julung kali ke pentas separuh akhir.

Sebelum ini, Muhammad Nazmi yang dibantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif turut diberi mandat mengadili perlawanan terakhir Kumpulan D antara Iraq dan Vietnam yang berkesudahan 3-2 berpihak Iraq dengan satu layangan kad merah diberikan kepada pemain Vietnam, Khuat Van Khang. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related