Tangkas di lapangan, cekap di padang, sisi berbeza Shuhaily

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pemikiran strategik dan disiplinnya telah diasah sejak bergelar pemain hoki di bawah bimbingan jurulatih Paramalingam

11:36 PM MYT

 

KLANG – Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dikenali sebagai penguatkuasa jenayah yang mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebagai pengarah, namun tidak ramai yang tahu bahawa beliau mempunyai latar belakang melangkaui tugasnya itu.

Dilantik memegang jawatan berkenaan pada Ogos tahun lepas, Shuhaily telah dinaikkan pangkat daripada jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur pada 15 Mei.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa Shuhaily, anak jati Kuala Lumpur, mengasah disiplin dan pemikiran strategik menerusi penglibatan awal sebagai atlet hoki.

Penyertaannya dalam pertandingan berprestij seperti Sukan Malaysia (Sukma) dan Piala Tun Abdul Razak, ketika bersekolah di Methodist Kuala Lumpur, telah meletakkan asas kepada karatkternya.

Malah, sebahagian disiplin dan pemikiran strategik itu dibentuk ketika beliau bermain hoki di bawah tunjuk ajar bekas jurulatih kebangsaan, Paramalingam Chelliah.

“Ia adalah disiplin, kerja berpasukan dan keinginan untuk menang. Ia sentiasa menjadi perbincangan mengenai strategi dengan jurulatih Param. Bagi kami, apabila ia berkaitan dengan kerja, apabila kita ingin mencapai sesuatu, kita tidak boleh melakukannya sendirian – kita mesti bekerja berkumpulan.

“Strategi yang betul akan menjadikan ia kenyataan. Di situlah saya mendapat asas untuk merancang dan kerja berpasukan daripada semua jurulatih yang hebat,’’ katanya.

Shuhaily, 52, berkata demikian semasa pertemuan dengan beberapa bekas rakan sepasukannya di rumah Paralingam di Jalan Keriang, di sini, hari ini. Turut serta ialah bekas pemain kebangsaan dan Olimpik 1996, Lum Mun Fatt dan Calvin Fernandez.

Shuhaily, bekas pemain tengah berkata, perjalanan karier hokinya bermula di bawah bimbingan Paralingam pada usia 19 tahun.

Mohd Shuhaily Mohd Zain dan rakan-rakan seperjuangannya ketika beraksi bersama skuad hoki Kuala Lumpur mengunjungi bekas jurulatih mereka, Paramalingam Chelliah di kediamannya di Klang, Selangor hari ini. – Riduan Ahmad/Scoop, 4 Februari, 2024

Meskipun mewakili Kuala Lumpur dan Selangor, Shuhaili mengakui beliau tidak cukup ‘matang’ untuk dipilih menyertai pasukan kebangsaan.

“Semuanya bermula pada 90-an apabila saya masih belajar. Saya adalah pemain hoki KL, jurulatih Param memberi peluang kepada saya untuk berlatih dan menjemput saya untuk bermain bagi Klang dan Selangor. Saya bertanding di Sukma, Piala Razak, liga nasional (junior) dan lain-lain kejohanan tempatan.

“Jurulatih akan menjadikan kita matang di atas padang. Bagi saya, saya tidak matang ketika bermain hoki, dan sebab itu saya tidak terpilih ke pasukan kebangsaan.

“Namun dalam tugas, itulah elemen dan dinamik yang perlu ada,’’ kata Shuhaily yang menyertai pasukan polis pada 1998.

Paramalingam Chelliah yang kini sudah menginjak usia 90 tahun berkata, Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak pernah berkata ‘tidak’ setiap kali dia meminta bantuan tidak kira di jabatan mana beliau ditugaskan. – Riduan Ahmad/Scoop, 4 Februari, 2024

Paramalingam, yang akan menyambut ulang tahun ke-90 pada 5 November ini, berjuang melawan penyakit paru-paru tersumbat kronik atau COPD, sejak 2019 disebabkan demam denggi.

Ketika ditanya apa perasaannya dapat bertemu dengan anak didiknya selepas sekian lama, Paramalingam meluahkan kegembiraan.

Gentleman ini (Shuhaily) – walaupun berada di Bukit Aman atau di balai polis lain – jika saya menghubunginya untuk bantuan, beliau tidak akan berkata ‘tidak’.

“Sebaik sahaja saya bertanya, bantuan sudah diberikan. Itu karakter beliau.

“Namun kita tidak sepatutnya menggunakan kedudukan orang lain untuk kepentingan sendiri. Anda mesti ingat, anda tidak boleh mengambil kesempatan hanya kerana anda kenal dia dengan baik,’’ katanya. – 4 Februari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related