HEADLINES

Masalah resdung paksa Zii Jia diketepikan daripada final BATC menentang China

Tanpa Zii Jia, pemain nombor 38 dunia, Leong Jun Hao yang mempamer prestasi konsisten sepanjang kejohanan ini akan menggalas tugas perseorangan pertama

3:03 PM MYT

 

SHAH ALAM – Masalah pernafasan kembali ‘menyerang’ perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hingga memaksanya diketepikan daripada perlawanan penting final lelaki Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) menentang China.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City petang ini.

Berita tersebut diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam media sosial hari ini, ketika mereka memperkenalkan barisan skuad negara yang bakal diturunkan dalam perlawanan itu.

“Selepas perlawanan semalam, Lee Zii Jia mengalami kesukaran bernafas kerana penyakit resdungnya, dan dia tidak dapat pulih sepenuhnya untuk perlawanan hari ini.

“Semoga cepat sembuh, Zii Jia,” tulis BAM.

Barisan penuh skuad negara yang akan menentang China dalam perlawanan akhir BATC 2024 di Shah Alam petang ini. – Gambar BAM, 18 Februari, 2024

Penarikan diri Zii Jia dalam perlawanan kali ini bermakna, pemain nombor 10 dunia itu sudah terlepas tiga daripada enam aksi kejohanan BATC.

Bekas Juara All England itu turut terlepas aksi suku akhir menentang Singapura pada Jumaat lalu kerana masalah resdung.

Tanpa Zii Jia, pemain nombor 38 dunia, Leong Jun Hao yang mempamer prestasi konsisten sepanjang kejohanan ini akan menggalas tugas perseorangan pertama, berdepan pemain ranking ke-16, Weng Hongyang.

Leong Jun Hao kini akan mengisi ‘kasut Zii Jia’ dengan menggalas tugas perseorangan pertama, menentang pemain nombor 16 dunia, Weng Hongyang. – Alif Omar/Scoop, 18 Februari, 2024

Eogene Ewe Eon yang berusia 19 tahun pula menjadi pemain ketiga negara turun ke gelanggang dengan menggalas cabaran perseorangan kedua menentang Lei Lan Xi, manakala pemain beregu, Muhammad Haikal Nazri sekali lagi memainkan peranan penting dalam taktikal skuad Malaysia apabila beraksi sebagai perseorangan ketiga menentang Wang Zheng Xing.

Pasukan lelaki negara layak ke final BATC selepas mengalahkan Jepun 3-1 dalam separuh akhir semalam, manakala China menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi separuh akhir.

Malaysia sudahpun mengesahkan tiket ke pusingan akhir Piala Thomas di China, yang dijadualkan dari 28 April hingga 5 Mei selaku empat pasukan terbaik dari BATC. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related