HEADLINES

FAM henti sementara program naturalisasi pemain di peringkat kebangsaan: Adam Adli

Bagaimanapun, kelab bola sepak yang bernaung di bawah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih boleh meneruskan program ini mengikut langkah dan prosedur ditetapkan kerajaan

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghentikan buat sementara program naturalisasi pemain di peringkat kebangsaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata langkah ini antaranya adalah bagi menumpukan usaha mempertingkat prestasi bola sepak negara secara menyeluruh dengan memfokus kepada pembangunan sukan itu dalam kalangan pemain tempatan.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telahpun menjalin kerjasama dengan FAM untuk mewujudkan program pembangunan bola sepak negara sejak 2014 dengan memfokus kepada peringkat umur tujuh hingga 17 tahun.

“Program ini merupakan pelan strategik jangka panjang yang telah menggariskan sembilan inisiatif bagi menghasilkan generasi baharu pemain yang boleh bersaing bukan hanya di peringkat Asia malah ke Piala Dunia.  

“Ia sehingga kini mempunyai 16,228 pemain, 767 jurulatih dari 63 Akademi Tunas, 63 pusat latihan daerah, 14 sukan negeri dan sebuah sekolah sukan malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Adam Adli menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin tahu jumlah pemain yang diberi kewargangeraan bagi mewakili Malaysia dalam Piala Asia baru-baru ini dan usaha FAM memajukan sukan itu termasuk sama ada dasar naturalisasi diteruskan.

Bagaimanapun, beliau berkata kelab bola sepak yang bernaung di bawah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih boleh meneruskan program ini mengikut langkah dan prosedur ditetapkan kerajaan.

Mengenai penyertaan pemain naturalisasi ke Piala Asia di Doha, Qatar, Adam Adli berkata empat pemain naturalisasi dan tujuh pemain warisan yang memiliki pertalian darah keluarga dengan warga Malaysia telah disenaraikan dalam pasukan kebangsaan.

Menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai usaha kerajaan memastikan insiden malang seperti yang berlaku ke atas atlet silat Sukan Malaysia Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin tidak berulang, beliau berkata pihaknya akan memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sukan berisiko tinggi diperketat selepas ini.

“Kita setakat ini tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak namun dari sudut untuk memastikan insiden sebegini tidak berulang, kita harus pastikan penganjur mematuhi SOP. 

“Ini yang perlu diselaraskan dengan Pesuruhajaya Sukan dan kita juga telah lancarkan Kod Sukan Selamat merangkumi kebertanggungjawaban pihak penganjur dalam memastikan pematuhan SOP, menyediakan ruang yang selamat dan mengurangkan risiko tertentu,” katanya.

Semalam, Wan Muhammad Haikal tidak sedarkan diri selepas rebah akibat terkena tendangan lawan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaáfar, Seremban ketika menyertai pertandingan prapemilihan SUKMA di Negeri Sembilan. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related