HEADLINES

1,138 atlet Selangor akan tanding semua jenis sukan dalam Sukma 2024

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM8 juta dengan sasaran untuk berada dalam kelompok tiga teratas pada temasya di Sarawak yang bermula 17 Ogos depan

7:56 PM MYT

 


SHAH ALAM – Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 di Sarawak yang dijadual bermula 17 Ogos depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, Selangor juga optimis dengan sasaran untuk berada dalam kelompok tiga teratas di temasya sukan dwitahunan itu.

“Dari segi persediaan atlet, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM8 juta bagi program pembangunan atlet dan persediaan kontinjen Sukma,” katanya menjawab pertanyaan Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi (PH-Seri Serdang) berhubung persediaan kontinjen Selangor bagi menghadapi temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos itu.

Beliau berkata demikian semasa ditanya ketika menggulung Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Menurut Mohd Najwan Halimi, biarpun jumlah peruntukan untuk persediaan kontinjen Selangor lebih rendah berbanding beberapa negeri lain, namun mereka turut mendapat tajaan daripada anak syarikat kerajaan negeri. – Alif Omar/Scoop, 4 Mac, 2024

Mohd Najwan berkata, walaupun secara relatifnya jumlah peruntukan untuk persediaan kontinjen Selangor adalah lebih rendah berbanding negeri lain seperti Sabah (RM27.2 juta), Sarawak (RM23.1 juta) dan Terengganu (RM20 juta), namun pihaknya turut mendapat tajaan daripada anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mengambil tanggungjawab untuk menjadi PBT angkat kepada persatuan sukan tertentu yang secara tidak langsung dapat menampung kekurangan dalam peruntukan tersebut.

Sidang DUN Selangor ditangguhkan sehingga 10 pagi esok. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related