◉ HEADLINES

Luqman raih 57 minit berharga, buat penampilan sulung dalam Liga J3

Penyerang berusia 22 tahun itu membantu Yokohama SCC membuka jaringan pada minit ke-49

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membuat penampilan sulung pada saingan Liga Jepun 3 (J3), selepas diturunkan dalam kesebelasan utama Yokohama SCC untuk membantu pasukannya seri 1-1 dengan Matsumoto Yamaga FC di Nagano, Jepun hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu mendapat kepercayaan jurulatih, Kazuki Kuranuki selepas masuk sebagai pemain gantian ketika membantu Yokohama mengatasi Mito Hollyhock 1-0 dalam Piala Levain, Rabu lalu.

Pada aksi hari ini yang berlangsung di Sunpro Alwin, Matsumoto, Luqman berjaya membantu jentera serangan pasukan mencetak gol pembukaan, yang dijaringkan pemain tengah, Ryotaro Yamamoto pada minit ke-49.

Luqman kemudian digantikan dengan pemain tengah, Ryohei Wakizaka pada minit ke-57.

Hasrat Yokohama untuk meraih tiga mata pertama musim ini tidak kesampaian, apabila penyerang lawan, Hayato Asakawa menjaringkan gol penyamaan pasukan tuan rumah pada minit ke-79.

Luqman sebelum ini diturunkan sebagai pemain gantian ketika Yokohama SCC menewaskan Mito Hollyhock 1-0 dalam Piala Levain, Rabu lalu. – Gambar Instagram Luqman Hakim, 9 Mac, 2024

Selepas tiga perlawanan, Yokohama kini mengumpul dua mata di posisi ke-15 daripada 20 pasukan yang bertanding dalam Liga J3, dengan FC Osaka menerajui takhta liga dengan sembilan mata.

Luqman yang pernah membantu Malaysia muncul naib juara Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Bawah 18 Tahun (B-18) 2019, menyertai Yokohama yang bersaing dalam Liga J3 secara pinjaman bagi musim 2024 daripada kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebelum ini dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik pada 2023.

Luqman ketika ini memerlukan minit permainan secukupnya untuk mencapai tahap optimum bagi memburu tempat dalam skuad B-23 kebangsaan, yang akan menghadapi Piala Asia B-23 di Qatar bermula 15 April depan, selain mengintai peluang untuk menyertai pasukan senior. – 9 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related