HEADLINES

Lupakan Zeon Zoysia, Stadium Nasional Bukit Jalil akan bertukar ke rumput hibrid

Ini kali kedua Tunku Mahkota Ismail membantu Stadium Nasional selepas menghadiahkan rumput Zeon Zoysia yang ditanam awal tahun lalu

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

PSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bersetuju untuk mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang SNBJ, selepas perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John.

“PSM menyembah takzim dan menjunjung kasih atas kurniaan Tunku Ismail, serta menyatakan iltizam untuk terus komited bagi menguruskan sebuah padang pelbagai guna yang berdaya tahan dan fleksibel untuk acara sukan dan bukan sukan.

“PSM sekali lagi menyatakan rasa sukacita yang tidak terhingga dan menjunjung tinggi kurniaan berpanjangan serta pertimbangan dan kebijaksanaan Tunku dalam menasihati PSM dalam mendepani segala cabaran mendatang,” menurut kenyataan itu.

Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers malam tadi, Tunku Ismail bersetuju dengan sumbangan itu selepas kaji selidik yang dijalankan di padang SNBJ telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya untuk pelbagai acara.

Ia turut didorong oleh kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Sementara itu, rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Tunku Ismail kepada SNBJ sebelum ini, akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Ini merupakan kali kedua Tunku Ismail, yang juga pemilik JDT, membantu Stadium Nasional selepas menghadiahkan rumput Zeon Zoysia yang ditanam awal tahun lepas, menggantikan rumput jenis Cow Grass.

Namun, kualiti rumput di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu, kerap menjadi topik hangat selepas beberapa kali berada pada tahap tidak memuaskan setelah penganjuran konsert, terutamanya sebelum aksi final Piala Malaysia 2023 dan beberapa perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan

Masalah yang berlarutan itu, menyaksikan Kementerian Belia dan Sukan mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang SNBJ sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik. – 17 April, 2024

Topics

 

Popular

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related