HEADLINES

Piala Dunia Sepak Takraw: Beregu Malaysia kena lebih kuat jika mahu cabar Thailand

Kawalan bola, serangan dari servis dan komunikasi dalam gelanggang tiga elemen perlu diperbaiki Malaysia untuk memberi tentangan kepada musuh tradisi mereka

11:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kawalan bola, serangan menerusi servis dan komunikasi dalam gelanggang adalah tiga perkara yang perlu diperkemaskan skuad beregu negara jika ingin memberikan saingan kepada Thailand.

Itu penegasan Ketua Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun selepas melihat beregu Malaysia mudah mengatasi Brunei untuk menempah tempat ke suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa malam ini.

Duo negara, Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin yang dibantu oleh Baihakki Aripin, cemerlang menghadiahkan kemenangan kedua Malaysia dengan membelasah Brunei 15-9, 15-11 dalam tempoh 40 minit.

Kemenangan itu memastikan Malaysia menutup Kumpulan A selaku juara, sekali gus menempah pertemuan dengan Korea Selatan pada suku akhir pagi esok.

Bagaimanapun, Ahmad Jais percaya, anak-anak buahnya perlu memperkemaskan lagi permainan mereka jika ingin menjulang kejuaraan di tempat sendiri.

Noraizat bersaing dengan kapten Brunei dalam saingan beregu Kumpulan A, Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini. – Azim Rahman/Scoop, 20 Mei, 2024

“Secara peribadi saya lihat bagi acara beregu, kita belum bersedia untuk melawan Thailand.

“Dalam dua perlawanan yang dilalui, prestasi kita masih 60-70% lagi.

“Kita kena perkemaskan lagi kawalan bola, serangan dari servis dan komunikasi dalam gelanggang.

“Tiga elemen ini penting sebab dalam acara beregu kita tak boleh ketinggalan mata jauh sebab agak sukar untuk mendapatkan mata melalui servis,” katanya selepas tamat perlawanan.

Korea Selatan sebelum ini melaungkan amaran mahu mengejutkan Malaysia di suku akhir, dan Ahmad Jais memuji semangat juang pasukan Taeguk Warriors tapi yakin skuad negara mampu mengatasi mereka.

“Kalau pemain kita dapat tunjukkan prestasi sebenar kita mempunyai peluang baik sedikit untuk menang.

“Tapi kita kena bermain dengan lebih baik daripada sebelum ini, kalau sama sahaja dengan dua perlawanan kumpulan ini peluang itu lebih 50-50,” tambahnya. — 20 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related