◉ HEADLINES

Piala Dunia Sepak Takraw: Azlan janjikan keajaiban menentang Thailand esok

Set kedua konsistensi servis sedikit goyah tapi tidak memberi impak kepada keputusan perlawanan dengan skuad negara memastikan tempat ke final

11:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Skuad regu negara mengesahkan tempat ke final Piala Dunia Sepak Takraw selepas mudah mengetepikan cabaran longlai Myanmar di Stadium Titiwangsa malam ini.

Pasukan negara bakal berdepan dengan Thailand esok.

Trio negara yang diwakili apit kanan Farhan Adam, tekong Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan apit kiri Mohamad Azlan Alias tidak mengeluarkan peluh sebelum menang 15-3, 15-11.

Regu Myanmar diwakili Ko Ko Zin, Thant Thu Min dan Nyein Chan Khin Maung Cho Phay tampak gugup malah kerap kali membuat kesilapan terutama sekali tekong Thant Thu yang servisnya banyak sangkut di jaring.

Lain pula ceritanya dengan tekong negara Syahir di mana servisnya tajam dan tepat ke sasaran dan memberikan mata percuma untuk negara.

Namun berbeza dengan set kedua di mana konsistensi servisnya sedikit goyah tapi tidak memberi impak kepada keputusan perlawanan dengan skuad negara memastikan tempat ke final.

Dalam pada itu, Azlan berjanji bahawa regu negara akan memberikan komitmen melebihi 100% untuk memastikan Piala Dunia milik negara di final esok.

“Pemikiran kami memang tiada rasa tekanan setakat ini. Alhamdulillah besok kami akan beraksi dengan lebih baik daripada malam ini.

“Besok akan keajaiban insya-Allah,” katanya.

Thailand menumpaskan Filipina 15-4, 15-8 dalam satu lagi aksi separuh akhir. — 21 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related