HEADLINES

FAM serah kepada AFC keputusan dedah laporan audit : Setiausaha Agung

Noor Azman Rahman berkata laporan audit berkenaan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya kerana memerlukan penelitian rapi selain berpotensi menimbulkan persepsi campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran badan induk bola sepak negara

8:40 PM MYT

 

PETALING JAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyerahkan sepenuhnya kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung desakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh supaya laporan penuh audit badan induk itu didedahkan kepada umum dan dibentangkan di Parlimen.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata laporan audit berkenaan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya kerana memerlukan penelitian rapi selain berpotensi menimbulkan persepsi campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran badan induk bola sepak negara.

Beliau berkata FAM perlu mematuhi prinsip autonomi persatuan seperti yang ditetapkan AFC dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus mengelakkan sebarang bentuk campur tangan luar dalam pentadbiran persatuan.

“Kita tidak mahu timbul persepsi campur tangan kerajaan dalam urusan persatuan kerana FAM mempunyai kedudukan yang berbeza berbanding badan atau persatuan lain.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan bersama AFC dan FIFA. Pada pandangan saya, isu ini sudah pun ditangani di peringkat AFC dan FIFA. Audit telah dilaksanakan dan kita juga sudah mengenal pasti kelemahan yang dibangkitkan menerusi proses itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Kehormat FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata keputusan sama ada laporan audit itu perlu didedahkan kepada umum kini terletak di tangan kepimpinan baharu FAM.

“Itu hak mereka. Kita tunggu keputusan FAM atau AFC sama ada laporan itu akan didedahkan atau tidak.

“Saya tidak mempunyai kuasa dalam perkara ini. Ia akan dibincangkan oleh presiden dan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) baharu FAM bersama AFC sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ramkarpal meminta laporan penuh audit AFC terhadap FAM didedahkan kepada umum bagi membolehkan isu tadbir urus badan induk itu dibahaskan secara menyeluruh.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk membawa perkara berkenaan ke sidang Parlimen yang dijadual bermula pada 22 Jun ini, sambil menegaskan perbahasan yang berkesan hanya dapat dilaksanakan sekiranya laporan audit itu didedahkan kepada umum. – 7 Jun, 2026

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

AFC breaks silence as Vietnam, Indonesia cry foul over Malaysia’s ‘heritage’ recruits 

FAM insists it followed FIFA rules in fielding five heritage players, as AFC confirms no official complaints have been lodged over Malaysia’s Asian Cup qualifiers squad 

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related